Baju Kurung Perak Bersulam Kerawang Motif Cempaka Keling Dengan Kerawang Lebah dan Presley.
Berikut adalah hasil rekaan baju kurung perak bersulam kerawang motif bunga cempaka keling untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.
Baju Kurung Perak Bersulam Kerawang.
Tempahan Baju Kurung Perak Bersulam.
Pada kali ini, tempahan sulam kerawang dihasilkan pada baju kurung perak. Jika dilihat, ciri-ciri baju kurung perak ini adalah seperti leher tinggi cekak musang serta kebaya tanpa lidah dan berseluar. Identiti inilah yang menampakkan kelainan antara baju kurung tradisional yang lain dengan baju kurung perak.
Corak Sulam Di Bahagian Baju dan Seluar.
Tempahan Baju Kurung Perak Bersulam.
Jadi, corak sulam kerawang dihasilkan di keliling baju kurung perak ini bermula di bahagian hadapan baju, di keliling bahagian belakang labuh baju, hujung lengan dan juga di bahagian tulang atau sisi seluar. Pada bahagian seluar, corak yang sama digunakan tetapi tidak ditebuk lubang kerawangnya. Hal ini kerana, ia dihasilkan di sisi seluar dari bawah naik ke atas separas lutut. Sebab itulah tidak ditebuk kerawangnya.
Tebuk Kerawang Hanya Di Bahagian Celahan Corak.
Tempahan Baju Kurung Perak Bersulam.
Manakala di bahagian bajunya pula, ditebuk kerawang pada keliling labuh baju dan juga hujung lengan baju. Kerawang ditebuk hanya di bahagian celahan corak sahaja. Dengan ini, sulaman kerawang secara keseluruhannya akan nampak lebih menarik. Tebuk kerawang di bahagian celahan bunga sebenarnya mencerminkan kepakaran seseorang juru sulam tersebut. Ia lebih mencabar untuk dihasilkan berbanding dengan penghasilan kerawang di bahagian dasar bunga.
Motif Kerawang Lebah dan Presley.
Tempahan Baju Kurung Perak Bersulam.
Adapun, motif sulaman kerawang yang dihasilkan pada baju kurung perak kali ini ialah motif bunga cempaka keling atau dalam istilah saintifiknya dipanggil Magnolia Figo. Motif bunga cempaka keling ini digabungkan dengan budaya Pakistan-India yang menggunakan sulam presley sebagai motif. Di sini, penggunaan presley adalah untuk menampakkan kelainan pada hasil sulam kerawang baju kurung perak ini.
Penggunaan Warna Terang.
Tempahan Baju Kurung Perak Bersulam.
Malahan, warna yang terang telah digunakan untuk menampakkan lagi hasil rekaan sulam kerawang supaya ia tidak tenggelam dek latar belakang fabrik yang sedia ada yang mempunyai corak presley yang penuh dan padat. Namun, jika tersalah memilih corak ataupun warna untuk sulaman kerawang ini, pastinya ia tidak akan cantik dan timbul sebaliknya akan nampak lebih berserabut dengan corak fabrik yang sedia ada.
Ketebalan Corak Sulam Untuk Saiz XS.
Tempahan Baju Kurung Perak Bersulam.
Dari segi ketebalan saiz sulaman kerawang pula, ia hanya dibuat bersesuaian dengan saiz baju kurung perak ini iaitu pada anggaran saiz badan XS. Sebab itulah ia tidak dihasilkan padat di bahagian depan sepertimana kebiasaan baju kebaya nyonya yang dibuat coraknya pada bahagian bucu hadapan baju. Inilah yang menampakkan lagi kelainan pada rekaan sulaman kerawang baju kurung perak ini. Di mana rekaan sulaman kerawang dihasilkan sepertimana border keliling. Namun, hasilnya tetap menyerlah.
Gaya Kontemporari.
Tempahan Baju Kurung Perak Bersulam.
Dengan ini, hasil baju kurung perak ini Nampak lebih kontemporari berbanding dengan baju kurung perak yang lain. Ini kerana corak sulaman kerawang yang dihasilkan memberi nafas baru kepada design fesyen baju kurung perak ini yang berseluar.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Tempahan Baju Kurung Perak Bersulam.
Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Baju Kurung Perak Bersulam Kerawang Motif Cempaka Keling Dengan Kerawang Lebah dan Presley.
Corak Sulaman Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar baju kurung perak bersulam kerawang yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam ayak butik kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan baju kurung perak bersulam kerawang di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461