Corak Sulam Bunga Gardenia Augusta Baju Kurung Tradisional.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Pada kali ini, design corak sulam baju kurung tradisional menampilkan motif bunga melur cina atau dikenali secara saintifiknya sebagai Gardenia Augusta. Pada kali ini, ketebalan corak sulam kerawang adalah 8 inci. Ia dihasilkan pada hujung lengan baju dan juga pada keliling bawah baju kurung.
Pilihan Motif Bunga Unik.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Sebenarnya, bunga melur cina atau gardenia augusta ini menjadi pilihan motif kali ini kerana keunikan dan keindahan bunga ini sendiri. Dengan saiz yang sederhana besar, menyamai bunga ros, ia membolehkan sulaman yang dihasilkan nampak lebih cantik.
Bukaan Zig-Zag Pada Debunga Motif.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Debunga bunga melur cina ini diolah menggunakan warna lain agar ia dapat menampakkan bunga melur cina yang mempunyai debunga. Malahan, teknik menyulam debunga yang menggunakan bukaan zig zag membulat menampakkan bulatan-bulatan debunga motif bunga melur cina ini lebih natural dan timbul.
Teknik Cincang Untuk Tona Berlainan.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Selain itu, teknik bukaan zig zag juga digunakan untuk menghasilkan lapisan-lapisan kelopak bunga melur cina ini agar nampak lebih timbul. Sebab itulah peranan teknik cincang yang memberikan tona warna yang berlainan kepada hasil kerja motif bunga ini nampak lebih natural.
Motif Sulam Bunga Jejarum.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Pada kali ini juga, sulaman kerawang tidak hanya menggunakan motif bunga melur cina semata-mata. Sebaliknya, motif sulam bunga jejarum timbul digunakan dalam menghasilkan corak sulaman kerawang motif bunga melur cina ini. Bunga jejarum mempunyai kelopak daun-daun yang kecil, mempunyai 5 kelopak adalah lebih mudah untuk dihasilkan. Sebagaimana sebuah jambangan bunga, pastinya diserikan dengan bunga-bungaan bersaiz kecil. Inspirasi inilah yang ditampilkan untuk sulaman kerawang pada kali ini.
Penggunaan Motif Kerawang Lebah.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Sulaman kerawang sarang lebah yang nampak kemas digunakan pada motif kerawang pada kali ini. Malah ia dihasilkan di celahan corak sulam ini yang memberikan kecantikan pada motif bunga melur cina.
Penggunaan Warna Garang.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Penggunaan warna-warna yang garang seperti kuning, merah dan biru digabungkan agar ia nampak menyerlah. Ia selari dengan ketebalannya yang sedikit tebal menjadikan corak sulamannya nampak mewah dan cantik.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaa dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan corak sulaman kerawang kurung tradisional Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Kurung Tradisional Sulam Kerawang Corak Sulam Bunga Gardenia Augusta.
Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar corak sulam bunga gardenia augusta baju kurung tradisional yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam ayak kerawang pada kali ini.
Jika anda berminat dengan corak sulam bunga gardenia augusta di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461