Corak Sulam Bunga Melur Baju Kurung Pahang.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Sulam kerawang pada kali ini menggunakan motif bunga melur. Ia dihasilkan pada hujung labuh baju dan juga hujung tangan baju. Ia dihasilkan pada baju kurung Pahang pelanggan kami.
2 Inci Saiz Ketebalan Sulam.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Jika dilihat dari segi ketebalannya, corak sulaman kerawang kali ini dihasilkan tidak berapa tebal. Pada kali ini, ia dihasilkan dalam ketebalan 2 inci sahaja mengikut citarasa dan permintaan pelanggan. Oleh kerana baju kurung Pahang yang diberi untuk disulam adalah bersaiz kecil iaitu saiz ‘S’, maka amat sesuai jika dihasilkan corak sulaman kerawang yang kecil sebegini.
Lingkaran Daun Seakan Membentuk Segi Tiga.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Lingkaran daun-daun yang dilukis ke atas, berjaya menjadikan corak sulaman ini menyerupai bentuk segi tiga, jika dimbas sepintas lalu. Namun, ia tidaklah mengikut bentuk segi tiga secara geometrinya, sebaliknya alunan coraknya sahaja membentuk seakan-akan segi tiga.
Kerawang Lebah Sebagai Motif Kerawang.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Walaupun ketebalan rekaan sulaman kerawang kali ini tidak tebal seperti yang dihasilkan kami sebelumnya, namun sulaman kerawang motif bunga melur ini tetap menarik kerana penghasilan kerawang lebahnya kemas dan tersusun di celah-celah motif corak sulam bunga melur ini. Sebab itulah, kami memilih untuk menggunakan motif kerawang lebah pada rekaan sulaman kali ini.
Daun Bersaiz Kecil dan Meliuk.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Jika anda lihat, penggunaan daun yang bersaiz kecil dan meliang-liuk lembut dihasilkan bagi menampakkan kelainan untuk corak sulam bunga melur kali ini. Ini kerana daun bunga melur sebenarnya adalah sedikit lebar dan bersaiz sederhana besar. Oleh itu, dalam motif sulaman kali ini, ia ditukarkan dengan daun yang bersaiz kecil seperti pucuk muda. Sebab itulah ia dilukis meliuk dan bukannya tegak sepertimana daun tua.
Corak Sulaman Nampak Timbul.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Selain itu, bagi menghasilkan bunga, kami hanya menggunakan bukaan zig-zag pada bingkai bunga sahaja. Manakala pada bahagian dalam bunga, teknik cincang digunakan. Ini kerana, kelopak bunga melur yang berlapis-lapis dan bersaiz kecil menjadikan faktor teknik cincang digunakan. Manakala teknik bukaan zig-zag pula digunakan pada daun secara keseluruhannya. Hasilnya, corak sulaman nampak lebih timbul.
Gabungan Teknik Sulaman Ayak.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Sekiranya gabungan teknik cincang dan zig-zag ini tidak dilakukan, design motif bunga melur ini tidak akan menyerlah kerana saiz ketebalan motif sulaman adalah kecil iaitu 2 inci sahaja. Dek lengkung tersebut, penggabungan teknik sulaman perlu dibuat untuk menyerlahkan lagi hasil kerawang.
Penggunaan Warna Harmoni.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Dari segi pemilihan warna sulaman kerawang pula, penggunaan warna harmoni iaitu warna merah jambu, unggu tua, biru muda dan juga hijau pucuk pisang, berjaya menyerlahkan hasil corak sulam bunga melur pada baju kurung Pahang ini. Sebab itulah jika diperhatikan, sulamannya nampak timbul biarpun saiznya tidak begitu tebal.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.
Ternyata, rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Corak Sulam Bunga Melur Baju Kurung Pahang.
Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar baju kurung pahang bersulam ayak bunga melur yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam ayak pada kali ini.
Jika anda berminat dengan corak sulam bunga melur baju kurung pahang di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461