Corak Sulaman Kerawang Benang Perak – Design Pada Jubah Moden.
Berikut adalah foto bergambar corak sulaman kerawang benang perak yang telah dihasilkan mengikut design yang diberikan oleh pelanggan kami pada tangan jubah moden.
Corak Sulaman Kerawang Benang Perak Mengikut Design Pelanggan.
Motif sulaman kerawang ini adalah motif mengikut design yang diberikan oleh pelanggan kami. Ia menggunakan sepenuhnya benang perak berkilat. Jika dilihat dengan teliti, motif bunga yang dihasilkan ini adalah gabungan bunga pecah lima dengan bunga carnation. Motif ini nampak seakan-akan bunga mawar disebabkan ia dilukis hanya menampakkan bahagian sisi bunga carnation tersebut.
Kelopak Bunga Carnation.
Daun jenis bergerigi di setiap kelopak bunga carnation ini, menampakkan ia lebih cantik. Walaupun sulur tidak dihasilkan dengan banyak tetapi ia diserikan dengan kuntuman kudup-kudup bunga kecil serta pucuk-pucuk bunga yang seakan-akan meliuk sepertimana sulur yang melilit-lilit ataupun sulur yang membelit.
Gabungan Benang Perak dan Hitam.
Selain daripada benang perak berkilat ini digunakan, kami turut menghasilkan bingkai bunga carnation ini dengan menggunakan warna hitam. Jika bingkai dihasilkan dengan warna perak juga, maka ia akan menutup corak bunga tersebut. Malah bunga tersebut tidak akan timbul. Ia akan nampak sekata sahaja. Oleh sebab itulah, warna hitam digunakan untuk memberi kesan yang cantik pada bunga carnation ini.
Kerawang Bunga Tanjung.
Bukan motif sahaja yang lain, malah corak kerawang yang dihasilkan pada kali ini adalah kerawang bunga tanjung. Ia nampak sekuntum-sekuntum bunga tanjung yang disusun cantik. Kerawang bunga tanjung ini ditebuk dengan kemas di celah-celah motif sulaman bunga carnation. Ini berjaya menaikkan lagi seri hasil sulaman kerawang kali ini.
Biku Bertingkat dan Bercorak.
Pada kebiasaannya, bahagian biku atau bingkai sulaman dihasilkan dengan lekuk-lekuk ataupun biku-biku yang mudah. Namun, pada kali ini, pelanggan inginkan juga biku-biku yang dihasilkan bercorak dan bertingkat. Oleh yang demikian, terhasillah biku seperti ini yang disulam secara bertingkat-tingkat dan di celahannya juga dihasilkan corak.
Tebal Sulaman.
Walau bagaimanapun, penghasilan sulaman kerawang ini dibuat dengan bentuk pucuk rebung iaitu keseluruhan sulamannya dihasilkan secara membukit sedikit. ia nampak sangat tebal apabila keseluruhan tebalnya dalah 7 inci lebih. Ya, ia kelihatan lebih mewah di samping ciri-ciri yang telah dibincangkan sebelum ini.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Inilah uniknya, sulaman kerawang yang dihasilkan pada kali ini. Gabungan warna perak dan hitam di atas kain yang berwarna putih berjaya menghasilkan sulaman tersebut tampak mewah. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Tempahan Kerawang Terkini Butik Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar corak sulaman kerawang benang perak yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman kerawang benang perak ini.
Jika anda berminat dengan design sulaman kerawang benang perak yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461