Corak Sulaman Kerawang Sarang Lebah – Design Bunga Tembikai
Pada kali ini, butik sulaman sri classic ingin menunjukkan kepada anda corak sulaman kerawang terkini kami. Pada kali ini Motif Corak Sulaman Kerawang Sarang Lebah dengan Design Bunga Tembikai merupakan rekaan terkini motif bungaan sulaman kerawang dari Butik Sulaman Sri Classic kami. Corak sulaman kerawang sarang lebah ini disulam kemas pada baju kurung. Walaupun ia disulam pada baju kurung sahaja, namun rekaan sulaman kerawang kali ini menampilkan hasil design yang lebih unik. Malah, ia dihasilkan menggunakan kepakaran dan kreativiti butik sulaman kami sendiri.
Sebagaimana yang dikatakan tadi, rekaan kerawang kali ini menggunakan motif sarang lebah. Di mana, motif kerawang sarang lebah ini disulam ayak kemas di antara bunga tembikai dan sulur yang dihasilkan. Bagi memastikan keseniannya terpelihara, maka tebuk kerawang yang dihasilkan juga adalah halus dan kecil untuk memberikan mood yang lebih tenang.
Penggunaan warna benang yang pelbagai serta sedikit kontra, juga banyak membantu menimbulkan lagi rekaan Corak Sulaman Kerawang Sarang Lebah ini. Seperti biasa, setiap rekaan kerawang kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic
Ingin Menempah Sulaman Kerawang?
Hubungi Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
Hubungi Kami Sekarang Di 013-9854461Tempahan Kerawang Terkini Butik Sri Classic.
Berikut adalah foto bergambar corak sulam bunga tembikai yang dihasilkan oleh butik sulaman kami untuk tempahan kerawang pada baju kurung pelanggan kami. Sila lihat bahagian di bawah untuk melihat Corak Sulaman Kerawang Sarang Lebah dengan design bunga tembikai ini.
Jika anda berminat dengan design Corak Sulaman Kerawang Sarang Lebah yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini.