Kurung Moden Sulam Bunga Ros Dengan Kerawang Cakar Ayam.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Putrajaya. Tempahan sulam ini dihasilkan dengan motif bunga ros dan kerawang cakar ayam.
Sulaman Kerawang Busana Kurung Moden.
Tempahan Kurung Moden Bersulam Putrajaya.
Pada kali ini, design sulam kerawang dihasilkan pada baju kurung moden fabrik moise crepe. Baju ini adalah baju ready made yang dihantar oleh pelanggan untuk dibuat sulam kerawang padanya. Hal ini kerana, penghasilan sulam kerawang oleh butik kami dibuat secara manual ayak. Justeru, busana-busana yang polos ready made boleh ditambah dengan sulam kerawang agar ia nampak lagi berseri.
Menghasilkan Motif Bunga Ros Mengikut Permintaan Pelanggan.
Rekaan Motif Sulam.
Baju kurung moden ini dimiliki oleh pelanggan kami dari Putrajaya. Corak sulam yang menjadi pilihan pelanggan ialah corak bunga ros. Motif ros ini antara motif yang “hot” dek bentuknya yang cantik dan berkelopak. Jadi, atas pilihan pelanggan, maka sulam yang bermotif bunga ros ini dihasilkan pada baju kurung moden ini.
Ketebalan Sulam 3 Inci Selaras Permintaan Penempah.
Ketebalan Sulam Pada Kurung Moden.
Daripada segi ketebalan sulamnya pula, pelanggan dari Putrajaya ini inginkan hasil sulaman kerawang yang lebih sederhana. Baginya, dengan hasil yang sederhana tebal, dia tidak berasa kekok untuk menggayakannya di pejabat mahupun di majlis-majlis tertentu. Sebab itulah, ketebalan sulam ini ialah 3 inci sahaja. Ia dihasilkan di bahagian tangan dan juga di keliling labuh baju.
Penghasilan Sulur Kekacang.
Motif Sulur Pada Kurung Moden.
Sulur yang digunakan pada kali ini ialah sulur kekacang. Ini kerana sulurnya bergulung-gulung dilukis bagi menyambung kuntuman-kuntuman bunga ros agar nampak lebih menarik. Walaupun begitu, ia tetap nampak harmoni biarpun sulur kekacang dipadankan dengan motif bunga ros.
Penghasilan Motif Tradisi Kerawang Cakar Ayam.
Motif Kerawang Sulam.
Untuk menambahkan sedikit elemen tradisi, kerawang cakar ayam dihasilkan agar gaya baju kurung moden ini nampak lain iaitu keseluruhan busana nampak lebih sopan dan juga menyerlahkan ciri-ciri tradisi. Hal ini kerana kerawang cakar ayam ini adalah antara kerrawang-kerawang tradisi yang masih diminati sehingga ke hari ini.
Pemilihan Warna Yang Tidak Menyerlah.
Warna Benang Sulam Yang Digunakan.
Daripada segi pemilihan warna benang, sebenarnya amat mencabar. Ini disebabkan pelanggan inginkan warna-warna yang lembut dan tidak menyerlah sangat. Sedangkan latar baju fabrik tersebut ialah warna yang garang dan terang iaitu warna mustard. Oleh itu, pemilihan warna ini agar sukar sedikit untuk menghasilkan warna yang memenuhi cita rasa pelanggan. Warna cerah dan gelap diadunkan supaya nampak lebih harmoni pada rekaan sulam baju kurung moden ini.
Teknik Sulam Goyang Ayak Yang Digunakan.
Teknik Sulam Goyang.
Teknik sulam juga satu perkara yang penting dalam penghasilan sulaman kerawang yang cantik. Di sini, Teknik sulam ayak yang digunakan adalah Teknik sulam padu satin dan juga bukaan zig zag. Dengan ini, hasil sulam kerawang pada baju ini akan lebih timbul dan cantik.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, satu-satu sulaman kerawang yang terhasil tidak akan nampak cantik dan harmoni jika ciri-ciri yang ditulis di atas tidak digabung jalinkan dalam satu-satu design sulaman.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden, Putrajaya.
Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Kurung Moden.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden.
Kurung Moden Sulam Bunga Ros Dengan Kerawang Cakar Ayam.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Kurung Moden Sulam Kerawang Bunga Ros Dengan Kerawang Cakar Ayam yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Putrajaya pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga ros pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Kurung Moden Sulam Kerawang Bunga Ros Dengan Kerawang Cakar Ayam yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461