Baju Kurung Tradisi Sulaman Kerawang Motif Bunga Dahlia.
Tempahan Sulam Baju Kurung Tradisi
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung tradisi untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Kuala Lumpur. Tempahan sulam ini dihasilkan dengan menggunakan 2 motif kerawang iaitu kerawang sarang tebuan dan kerawang daun.
Sulaman Kerawang Busana Kurung Tradisi.
Tempahan Kurung Tradisi Bersulam Kuala Lumpur.
Sulaman kerawang merupakan hasil tangan yang mempuyai peminatnya tersendiri. Ternyata keunikan dan ketelitian sulaman itulah yang menjadikan hasil sulaman kerawang tersebut lebih kemas dan tahan lama.
Sulaman Kerawang Kurung Tradisi Teluk Belanga.
Tempahan Kurung Tradisi dari Kuala Lumpur.
Jadi, pada kali ini, hasil sulaman kerawang disulam pada baju kurung tradisional ataupun dikenali sebagai baju kurung johor teluk belanga. Ia merupakan tempahan sulam pelanggan daripada Kuala Lumpur.
Mengguna Pakai Motif Bunga Dahlia.
Motif Sulam Pada Kurung Tradisi.
Oleh kerana latar belakang fabrik pada baju ini adalah bunga dahlia, jadi kami menghasilkan sulaman yang juga menggunakan motif yang sama iaitu bunga dahlia. Cantuman bunga-bunga dahlia serta lenggok motifnya menjadi tarikan kepada kami dalam menghasilkan sulaman kerawang yang bermotifkan bunga dahlia ini. Bagi kami, pemilihan motif bunga dahlia akan menaikkan seri ataupun mencantikkan lagi hasil sulaman kerawang ini nanti.
Sulaman Kerawang Setebal 4 Inci.
Ketebalan Corak Kerawang Sulam.
Atas permintaan pelanggan yang menjadi keutamaan kami yang inginkan sulaman kerawang ini dihasilkan setebal 4 inci, maka di bahagian hujung tangan dan hujung bawah baju secara keliling dihasilkan sulaman kerawang setebal 4 inci. Ia dihasilkan secara mendatar iaitu setebal 4 inci sekata. Manakala di bahagian bawah baju, kami hasilkan penuh di bahagian keliling baju tersebut. Ia bukan sekadar disulam di bahagian hadapan baju sahaja. Inilah yang menampakkan hasil sulaman kerawang ini lebih eksklusif daripada sulaman ready made yang berada di pasaran.
Sulur Dihasilkan Membentuk Ranting Bunga.
Motif Sulur Sulam Pada Kurung Tradisi.
Jika dilihat secara terperinci, hasil sulaman kerawang pada kali ini, tidak mempunyai sulur yang meliang liuk ataupun sulur yang bergulung-gulung seperti sulur kekacang. Sulur yang dihasilkan sekadar ranting yang sesekali nampak menegak sahaja. Hal ini disebabkan bunga dahlia ini hanya tumbuh menegak tanpa banyak ranting atauppun dahan. Agar ia nampak lebih natural, maka sebab itulah sulaman rekaan kami kali ini tidak digandingkan dengan sulur-sulur yang meling-liuk.
Kerawang Sarang Tebuan dan Kerawang Daun.
2 Motif Kerawang Pada Kurung Tradisi.
Ya, pada kali ini, corak kerawang amat memainkan peranan yang penting untuk keseluruhan hasil sulaman kerawang motif bunga dahlia ini. Hal ini kerana pelanggan ini hanya mahukan kerawang pada keseluruhan motif sulaman bunga dahlia ini. Sebab itulah, jika dilihat terdapat 2 jenis kerawang yang dihasilkan iaitu kerawang sarang tebuan dan juga kerawang daun. Dengan gabungan kerawang pada keseluruhan sulaman ini, ia menjadikan sulaman kerawang motif bunga dahlia ini nampak lebih unik dan menarik.
Penggunaan Warna Pastel Dalam Penghasilan Sulaman.
Tona Warna Sulam.
Selain itu, penempah daripada Kuala Lumpur ini, inginkan warna pastel yang lebih natural dalam penghasilan sulaman kerawang pada bajunya. Baginya, warna-warna pastel ini pastinya menyejukkan mata dan lebih tenang apabila dipandang. Oleh kerana warna dominannya adalah pink muda dan coklat, jadi warna-warna inilah yang digabung jalinkan dalam mewarnai hasil rekaan sulaman kerawang ini sepenuhnya. Dengan ini, ia memenuhi citarasa pelanggan yang inginkan warna-warna pastel dalam rekaan sulaman kerawang bajunya.
Teknik Ayak Bukaan Zig Zag.
Teknik Sulam Ayak Yang Digunapakai.
Oleh kerana hasil sulaman pada kali ini hanya tertumpu pada jenis-jenis kerawang sahaja, maka Teknik ayak sulam yang digunakan adalah Teknik bukaan zig zag sahaja. Malah, bukaan zig zag yang halus telah digunakan untuk keseluruhan sulaman kerawang motif bunga dahlia ini. Selain itu juga, apa yang uniknya pada rekaan sulam kali ini ialah, biku di hujung baju digabungkan biku scallop dan biku air mata.
Mengetengahkan Kepelbagaian Corak Kerawang.
Tempahan Sulam Ayak Goyang.
Jadi, hasil sulaman kerawang yang mengetengahkan kepelbagaian corak kerawang sangat unik dan cantik. Walaupun ia hanya diinginkan oleh peminatnya tersendiri, namun kerawang-kerawang ini dapat menampakkan skill kami di kalangan penyulam yang menghasilkan sulaman kerawang yang cantik dan unik.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kurung Tradisi.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisi.
Baju Kurung Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Dahlia.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Kurung Tradisi Sulaman Kerawang Motif Bunga Dahlia Dengan 2 Corak Kerawang iaitu kerawang daun dan sarang tebuan yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Kuala Lumpur pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga dahlia pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Kurung Tradisi Sulaman Kerawang Motif Bunga Dahlia Dengan 2 Corak Kerawang yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461