Corak Sulam Cincang Bunga Ros – Jubah Moden.
Berikut adalah foto bergambar sulam cincang bunga ros yang simple untuk rekaan sulaman mesin yang dihasilkan pada tempahan busana jubah moden pelanggan butik sulaman kami.
Sulam Cincang Bunga Ros.
Pada kali ini, motif yang digunakan adalah sulam cincang bunga ros. namun, ia nampak sedikit lain kerana dihasilkan tanpa adanya sulur yang meliang-liuk ataupun melilit. Hanya corak bunga ros dan daunnya sahaja dihasilkan. Dalam erti kata lain, motif bunga ros untuk sulaman mesin kali ini berkonsepkan elegan.
Gabungan Corak Sulaman.
Selain itu, ditonjolkan juga penggunaan warna kontra bagi menghasilkan kelainan pada rekaan sulaman mesin kali ini. Nyata gabungan warna pink terang dan juga turquoise terang membawa kepada warna yang harmoni pada fabrik yang berlatarkan warna coklat muda ataupun emas muda ini.
Teknik Cincang.
Uniknya, pada tempahan sulaman mesin kali ini, teknik cincang sepenuhnya digunakan untuk menghasilkan sulaman bentuk daun dan juga bunga ros. Teknik cincang ini adalah teknik yang sedikit sukar kerana jika tidak dihasilkan dengan teliti, benang sulam mudah berketul-ketul dan cepat putus. Namun, begitu, hanya penyulam yang mahir sahaja mampu menghasilkan corak sulaman menggunakan teknik cincang keseluruhannya.
Mengambil Masa Lama.
Selain itu juga, teknik cincang ini juga mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan. Sebagai contoh, untuk bahagian lengan baju ini sahaja, hampir seminggu masa diambil untuk menghasilkan sulam setebal 6.5 inci. Oleh kerana itulah, hanya penyulam yang mahir sahaj mampu menghasilkan teknik cincang ini dengan cantik dan sempurna.
Hasil Sulam Tahan Lasak.
Namun begitu, hasil teknik cincang ini dapat disimpan ataupun digunakan dalam jangkamasa yang lama. Ia juga tahan lasak dan boleh dicuci dengan menggunakan cucian mesin tanpa adanya kerosakan pada motif sulaman kerawang yang dihasilkan.
Hasil Sulaman Lebih Timbul.
Namun, bagi anda yang inginkan sulaman yang nampak lebih timbul, teknik zig zag adalah teknik yang paling sesuai digunakan berbanding dengan teknik cincang ini. Sebab itulah kami di Butik Sulaman Sri Classic menghasilkan sulaman kerawang mengikut kehendak dan bajet penempah.
Mengikut Citarasa Penempah.
Walaupun masih menggunakan kerawang sarang lebah, hasil sulamannya nyata nampak sedikit kelainan dan menarik. oleh itu, pemilihan warna dan teknik ayak sulamn juga mempengaruhi hasil sulaman kerawang yang dihasilkan. Apa yang penting, hasilnya cantik dan menarik sejajar dengan citarasa penempah kami.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Tempahan Sulaman Mesin Terkini Butik Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar corak sulam cincang bunga ros dengan kerawang lebah yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam mesin ayak bunga ros ini.
Jika anda berminat dengan corak sulam cincang bunga ros kerawang lebah yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461