Sulaman Kerawang Busana Kurung Moden Pada Fabrik Batik.
Tempahan Kurung Moden Bersulam Johor Bahru, Johor.
Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan pada baju kurung moden milik pelanggan dari Johor Bahru, Johor. Sulaman kerawang dihasilkan pada fabrik batik cotton yang mempunyai bunga penuh sebagai latar belakangnya.
Motif Bunga Senduduk Hutan Menjadi Inspirasi Corak Sulam.
Motif Sulam Kurung Moden.
Oleh kerana corak fabriknya hampir menyamai motif bunga senduduk hutan, jadi kami terus menjadikannya sebagai motif utama dalam corak sulaman kerawang kali ini. Jika kembang, bunga senduduk hutan ini mempunyai debunga yang bersesungut di bahagian dalamnya. Sebab itulah, pada motif bunga kembang dilihat debunganya berbiji-biji kelihatan dari bahagian atas bunga. Manakala di bahagian sisinya akan kelihatan sepertimana bunga Teratai. Sebab itulah motif sulam pada kali ini digambarkan sepertimana bunga senduduk hutan yang sebenar.
Menghasilkan Ketebalan Sulam Yang Minimalis.
Saiz Ketebalan Sulam Goyang Kerawang.
Pelanggan dari Johor ini, merupakan seorang yang simple sahaja. Justeru beliau inginkan ketebalan yang menampakkan sulaman yang minimalis. Lantas, ketebalan 2 inci sahaja menjadi pilihan untuk merealisasikan kemahuan pelanggan ini. Walau bagaimanpun, pada bahagian tangan baju dihasilkan sulam berbentuk pucuk rebung agar menampakkan sulaman kerawang ini penuh di bahagian tangannya.
Penghasilan Sulur Lembut Yang Melentur.
Motif Sulur Sulam.
Pada kai ini, corak sulur yang mengambarkan ranting-ranting lembut sahaja dilukiskan pada sulaman. Tiada sulur yang membentuk seperti kekacang, tetapi hanya dibuat sekadar menggambarkan sulur yang lentur lembut sahaja yang menjadi penyambung ataupun penyeri dalam motfi sulaman pada kali ini.
Motif Kerawang Sarang Tebuan.
Motif Kerawang Sulam.
Bagi seorang yang simple, pastinya inginkan penampilan yang kemas dan cantik. Jadi, kerawang sarang tebuan menjadi pilihan pada kali ini agar hasil sulamnnya pada keseluruhan akan nampak kemas dan cantik. Ini kerana kerawang sarang tebuan kelihatan tersusun rapi dan cantik.
Pemilihan 2 Warna Yang Harmoni Dengan Fabrik.
Tona Warna Sulam Goyang.
Dari segi warna benangnya pula, warnanya dipilih mengikut warna latar belakang fabrik tersebut. Ini kerana warna fabrik tersebut menggunakan 2 warna sahaja yang dominan. Oleh itu, warna yang dipilih juga tidak boleh terlalu kontra dengan warna dominan yang sedia ada pada fabrik agar ia nampak harmoni apabila dihasilkan nanti.
Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.
Teknik Sulam Ayak Goyang.
Dari segi teknik sulamannya pula, pada design kali ini, dapat dilihat, kami banyak menggunakan teknik satin bukaan zig zag. Ia bertujuan agar hasil sulamannya nampak lebih timbul. Selain itu, cincang padu juga digunakan bagi menampakkan tona warna yang berbeza dan perbezaan teknik satin bukaan zig zag dalam kesleuruhan motif bunga dan daun pada kali ini.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, sulaman kerawang motif bunga senduduk ini dilihat menjadikan baju kurung moden pada kali ini lebih berseri dan cantik. Ia sesuai dengan gaya penampilan pelanggan yang inginkan kesederhanaan dalam bergaya.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Dari Johor Bahru, Johor.
Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Dress Berseluar.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden Fabrik Batik.
Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Senduduk Hutan.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Sulaman Kerawang Busana Kurung Moden Pada Fabrik Batik Dengan Motif Bunga Senduduk Hutan dan Kerawang Sarang Tebuan yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Johor Bahru, Johor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga senduduk hutan pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Busana Kurung Moden Pada Fabrik Batik Dengan Motif Bunga Senduduk Hutan dan Kerawang Sarang Tebuan yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461