Tempahan Sulaman Kerawang Bunga Senduduk Hutan dengan Kerawang Pagar Baju Dress Berseluar.
Tempahan Sulam Baju Dress Berseluar.
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju dress berseluar daun untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Kulai, Johor Bharu. Tempahan baju dress berseluar ini dihasilkan untuk ibu pengantin mempelai lelaki.
Tempahan Baju Dress Berseluar Sulam Kerawang.
Tempahan Sulam Kulai, Johor.
Dress berseluar bersulam kali ini diinspirasikan daripada dress resepsi Mira Filzah yang digayakan dengan seluar. Untuk itu, kali ini rekaan sulaman kerawang dihasilkan pada dress yang berseluar. Sulam kerawang dress berseluar ini dibuat khas untuk ibu pengantin yang dipakai pada majlis resepsi anak terunanya di majlis perkahwinan di Perlis nanti.
Rekaan Sulam Pada Baju Dress Berseluar Ibu Pengantin.
Rekaan Dress Berseluar.
Mengapa rekaan busana dipadankan dengan seluar? Ia selaras dengan kehendak penempah iaitu ibu mempelai kerana busana ini pastinya memudahkan pergerakannya di sepanjang majlis resepsi tersebut berlangsung.
Rekaan Sulaman Kerawang Yang Menarik.
Sudut Rekaan Sulaman Kerawang.
Namun, rekaan dress berseluar ini ditambahkan dengan sulaman kerawang agar busana tersebut nampak menarik dan mewah sesuai dipakai oleh ibu pengantin. Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan pada hujung kedua-dua belah tangan, bahagian belahan depan dress dan juga di bahagian seluar.
Motif Sulam Kerawang Bunga Senduduk Hutan.
Motif Corak Sulaman Pada Dress Baju Berseluar.
Motif sulaman kerawang kali ini menggunakan motif bunga senduduk hutan. Sebagaimana yang anda sedia maklum, rupa bunga senduduk ini sememangnya berwarna unggu dan juga putih. Ia menjadi tempat persinggahan seranggan mahupun lebah terutama lebah kelulut. Rupanya yang mempunyai debunga yang bersesungut dapat menarik seranggan untuk mendekatinya. Hasil daripada permerhatian ini, maka terhasillah rekaan sulaman kerawang pada baju dress berseluar ini yang bermotifkan bunga senduduk hutan.
Sulaman Kerawang Di Bahagian Kedua Belah Lengan dan Belahan Depan Dress.
Motif Sulam Flora.
Sulaman kerawang baju dress ini dihasilkan di bahagian kedua belah tengan dan juga bahagian belahan depan dress yang berbentuk ‘L’. Di bahagian tangan sulaman kerawang dihasilkan setebal 5 inci secara membukit. Manakala di bahagian depan belahan tersebut pula, dihasilkan sulam kerawang setinggi 10 inci dan lebarnya 8 inci. Oleh kerana bentuk sulaman di bahagian tangan berbentuk pucuk rebung iaitu berbentuk membukit, kelihatan sulamannnya penuh pada keseluruhan tangan si pemakai. Malahan, ia nampak sedikit runcing apabila sulaman kerawang ini dihasilkan secara membukit. Begitu juga dengan belahan di bahagian bawah ataupun di bahagian depan dress. Ia dihasilkan pada lengkungan L di bahagian hadapan belahan dress.
Motif Kerawang Pagar.
Design Sulaman Kerawang Baju Dress Berseluar.
Selain daripada sulaman, kerawang yang dihasilkan pada kali ini ialah kerawang pagar. Motif kerawang pagar ini merupakan motif kerawang yang diingini oleh pelanggan. Hal ni dikatakan bahawa kerawang pagar ini nampak lebih klasik sepertimana kerawang-kerawang yang dihasilkan pada era tradisi dahulu. Bahkan, kerawang pagar ini dikatakan lebih tersusun dan cantik. Lebih menarik lagi, rekaan kerawang pagar ini dihasilkan di bahagian celahan sulaman motif bunga senduduk hutan dan juga di ruang-ruang kosong yang terhasil pada hujung tangan dan juga belahan depan dress berseluar ini.
Penggunaan Warna Harmoni Komplimentari.
Tona Warna Sulam.
Oleh kerana, latar fabrik kali ini adalah warna pink belacan, warna-warna harmoni komplimentari yang dipilih bagi menghasilkan hasil sulaman ini agar nampak lebih menarik dan canrik. Jika warna senada dengan pink belacan ini digunakan, pastinya ia akan nampak gelap dan tidak menyerlah. Apatah lagi ia digayakan oleh ibu pengantin yang merupakan individu penting dalam sesuatu majlis perkahwinan. Oleh yang demikian, warna komplimentari ini digunakan agar hasil sulaman kerawang pada dress berseluar ini nampak lebih menyerlah.
Teknik Cincang Padu.
Teknik Sulam Ayak Goyang Yang Digunakan.
Oleh kerana warna latarnya pudar iaitu pink belacan, jadi setiap rekaan motif sulaman yang dihasilkan perlu menggunakan bordir yang kecil agar setiap motif ini nampak lebih menyerlah. Sekiranya tiada bingkai pada setiap rekaan motif sulaman ini, pastinya hasil sulaman ini tidak akan menyerlah sepertimana hasilnya sekarang. Teknik cincang padu di setiap kelopak bunga senduduk hutan ini menjadikan hasil sulamannya lebih cantik dan natural dek kerana tona warna yang dihasilkan.
Motif Sulur Kekacang Menghiasi Design Sulam.
Motif Sulur Sulam Baju Dress Berseluar.
Bukan itu sahaja, sulur kekacang yang berdaun seperti hati-hati kecil ini, telah melengkapi kesleuruhan hasil sulaman kerawang motif bunga senduduk hutan ini. Ini kerana sulur-sulur kekacang ini dilihat melingkari segenap keseluruhan rekaan motif sulaman kerawang pada kali ini. Ia dapat dilihat jelas di bahgaian belahan depan dress dan juga di bahagian tangan baju dress. Sebab itulah hasil rekaan sulaman kerawang pada kali ini lebih menyerlah dan cantik.
Menyesuaikan Dengan Warna Latar Fabrik.
Kaedah Menyulam Ayak Kerawang.
Jadi, dalam sesuatu rekaan sulaman kerawang, latar belakang fabrik amat penting agar hasil yang dihasilkan nampak menawan. Ini kerana warna benang tidak boleh senada sekiranya latar belakang fabrik tersebut malap atau pudar. Dengan ini, penggunaan warna-warna harmoni perlu agar dapat menyerlahkan lagi sulaman kerawang yang dihasilkan pada setiap busana.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Dress Berseluar Dari Kulai, Johor.
Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Dress Berseluar.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Dress Berseluar.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Dress Berseluar Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Sulaman Kerawang Bunga Senduduk Hutan dengan Kerawang Pagar Baju Dress Berseluar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Skudai, Johor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga senduduk hutan dengan kerawang pagar pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Sulaman Kerawang Bunga Senduduk Hutan dengan Kerawang Pagar Baju Dress Berseluar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461