Corak Sulaman Bunga Kemboja Cina.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Sulaman kerawang motif bunga kemboja cina adalah rekaan corak sulaman kerawang untuk tempahan pada baju kurung tradisional. Baju kurung tradisional ini juga dikenali sebagai baju kurung teluk belanga ataupun baju kurung Johor.
3 Inci Ketebalan Corak Sulam.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Dari segi ketebalan corak sulaman kerawang yang dihasilkan pula, ia adalah melebihi 3 inci di bahagian hujung tangan dan keliling di bahagian labuh baju. Jika diperhatikan ketebalannya, ia adalah sekata kerana ia dibuat secara mendatar bukannya mengikut bentuk pucuk rebung. Namun, gaya corak motif bunga kemboja cina ini dihasilkan berkelompok dan sedikit menaik. Sebab itulah, jika diperhatikan dengan teliti, corak-coraknya berombak-ombak seolah-olah seperti bentuk awan larat yang berliku.
Gabungan 2 Teknik Menyulam Ayak.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Di bahagian kelopak bunga pula, tidak hanya teknik cincang padu digunakan tetapi penggunaan zig-zag yang terbuka menampakkan corak sulaman lebih timbul dengan kaedah menyulam ayak teknik satin. Dengan ini, hasil corak sulaman lebih menyerlah berbanding dengan hanya satu teknik menyulam ayak sahaja yang digunakan ketika menghasilkannya.
Warna Kontra Yang Harmoni.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Selain itu, penggunaan warna yang kontra tetapi harmoni turut merupakan faktor yang membantu menambahkan seri hasil corak sulaman kali ini. Sebagai contohnya, di bahagian dalam kelopak bunga kemboja cina ini, tona warna merah jambu gelap digunakan dengan tona warna biru gelap pada bahagian luar kelopak bunga kemboja cina ini. Ia ditambah dengan penggunaan warna kuning muda yang dicincang supaya menyamai urat-urat bunga kemboja cina ini.
Motif Kerawang Lebah.
Corak Sulam Baju Kurung Tradisional.
Walaupun masih mengekalkan jenis kerawang lebah, namun corak sulaman kerawang kali ini tetap Nampak kemas dengan susunan tebuk kerawangnya yang sekata. Dengan ini, motif kerawang lebah yang kemas ini sedikit sebanyak memperlihatkan kekemasan dan kehalusan design corak sulaman kerawang yang dihasilkan. Keseragaman kerawang inilah menampakkan hasil corak lebih kukuh dan berkualiti.
Sulur Kekacang Yang Berombak-Ombak.
Corak Sulam Baju Kurung Tradisional.
Bukan itu sahaja, sulur seperti kekacang yang digunakan berjaya menaikkan seri corak sulaman kerawang pada kali ini. Ia berikutan sulur yang bergulung-gulung ataupun berombak ini dihasilkan untuk menyambung corak bunga yang berkelompok. Tambahan pula ia direka dengan daun-daun seperti pucuk serangkai berdekatan dengan kelopak bunga kemboja cina ini.
Warna Dasar Warna Fabrik.
Corak Sulam Baju Kurung Tradisional.
Walaupun dari segi penggunaan warna lebih kepada warna fabrik, namun warna dasar kerawang iaitu kuning telah berjaya menyerlahkan hasil corak sulaman kerawang pada kali ini. Ia tidak nampak tenggelam sebaliknya timbul cantik walaupun warna-warna fabrik telah digunakan sepenuhnya. Ini menunjukkan bahawa dasar kerawang dalam sesuatu design sulaman amat penting agar pemilihan warna dapat menyerlahkan lagi hasil rekaan sulaman kerawang dan bukannya menenggelamkan sulaman tersebut.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional Corak Bunga Kemboja Cina.
Corak Sulaman Kerawang Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar tempahan sulam kerawang baju kurung tradisional corak bunga kemboja cina yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman ayak pada kali ini.
Jika anda berminat dengan tempahan sulam kerawang baju kurung tradisional corak bunga kemboja cina di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461