Jika mengamati kebaya yang disulam bersama sulaman ayak kerawang tebal dan menawan, hati anda pasti hendak memilikinya. Namun jikalau berpandukan harganya pula, pasti anda terbantut untuk membelinya.

Sulaman Kerawang Ayak Merupakan Seni Halus Yang Memukau Turun Temurun.

Sulaman ayak kerawang juga merupakan satu seni yang esklusif sejak turun temurun. Sekiranya pada zaman sebelum ini, hanya golongan bangsawan sahaja yang berupaya memilikinya, hari ini tidak kira golongan anda sama ada korporat mahupun pekerja biasa, anda sudah berupaya memilikinya. Tetapi ia tetap lagi tergolong dalam seni sulaman ayak kerawang yang mampu dibanggakan dan menjadi identiti kemewahan untuk si pemakainya.

Hasilkan Sulaman Ayak Kerawang Untuk Busana Sendiri.

Oleh itu, kepada golongan yang tidak berkemampuan menempah belinya, terasa untuk menghasilkannya sendiri supaya nanti dapat dipakai sepuas-puasnya. Cuma kekangannya ialah anda perlu memiliki mesin sulaman yang sesuai. Sudah semestinya mesin sesuai untuk menyulam adalah mahal berlainan mesin domestik atau pun mesin mudah alih yang hari ini dimiliki oleh sebilangan besar isi rumah.

Menyulam Ayak Kerawang Menggunakan Pelbagai Mesin Jahit Mahupun Mesin Sulaman Kerawang

Pokok pangkalnya, dengan mengguna mesin-mesin tersebut, anda masih dapat menyulam sulam ayak kerawang dengan berkualiti melalui pembelajaran yang betul. Ini kerana kesemua mesin yang disebutkan di atas berupaya untuk digunakan bagi proses sulaman ayak kerawang anda. Cuma, anda perlu mendapat tunjuk ajar daripada penyulam yang berpengalaman. Inilah yang ditekankan dalam semua segmen pembelajaran dalam modul sulaman ayak kerawang secara online yang disediakan di sini. Kesemua modul yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman saya ketika menguasai sulaman ayak kerawang dengan mengguna pakai bermacam jenis jenis mesin sama ada mesin domestik, mesin mudah alih dan mesin jahit sulaman industri.

Bagi saya, apa yang harus diikuti lagi ditekankan adalah kaedah sulaman ayak yang betul ketika anda menyulam. Dari itu, layari dan daftar Online Courses Sulaman Ayak Kerawang anda hari ini dan mempelajarinya bersama-sama saya dengan terus lagi mudah.

Selamat Mencuba Menghasilkan Sulaman Ayak Kerawang Anda!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman dan Akademi Latihan Sri Classic Collection