Motif bunga keembung, bunga dahlia dan bunga ros masih lagi menjadi motif kegemaran ramai dalam sulaman riben. Ini kerana apabila digabungkan ataupun dihasilkan secara sendiri, motif bunga-bunga di atas tetap menarik dan cantik. Ia menyerlahkan lagi seni sulaman riben itu sendiri.

Saiz Reben Menjadi Ukuran Dalam Menghasilkan Sulaman Riben

 

Malah, saiz bunga riben sama ada kecil ataupun besar tetap menjadi pilihan para peminat sulam riben. Ini kerana, sulaman riben ini mula digayakan dengan mewahnya pada baju. Di sini, ia dapat menjadikan satu fenomena baru dalam setiap hasil karya sulaman riben. Ini kerana sebelum ini ia dihasilkan pada alatan dekorasi dalam rumah sahaja.

Sulaman Riben Sesuai Dijahit Pada Fabrik Lembut

 

Walaupun menggunakan fabrik sifon mahupun fabrik lembut yang lain, sulaman riben ini boleh dihasilkan dengan cantik sekali. Mana tidaknya, ini kerana sulaman riben ini akan nampak timbul dan menjadikan fabrik-fabrik tersebut sakan-akan memberat dan jatuh ke bawah. Hasilnya ia akan kelihatan amat cantik, terletak dan selesa untuk diperagakan.

Melapikkan Baju Untuk Setiap Rekaan Sulaman Riben

 

Untuk pengetahuan anda, setiap hasil sulaman riben pada baju perlulah dilapiskan supaya riben yang terhasil itu tidak mencederakan ataupun mengganggu kulit anda terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Sebab itulah, fabrik seperti sifon, sutera dan sebagainya menjadi pilihan daripada apa jua fabrik yang tebal dan keras.

 

Namun, jika anda ingin hasilkan sulaman riben ini pada alatan dekorasi dalam rumah, ia tidak menjadi masalah kepada anda jika menggunakan fabrik yang sedikit tebal. Oleh itu, terpulanglah kepada anda dalam memilih fabrik yang sesuai untuk cita rasa anda dalam menghasilkan rekaan sulaman riben.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection

Moderator Online Courses Sulaman Reben Di Akademi2u.com

Jome Belajar dan kuasai sulam riben bersama kami hari ini!