Kelas & Bengkel Akademi Sri Classic.
BENGKEL SULAMAN BENANG
Belajar Bengkel Sulam Benang Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.
KEUTAMAAN #1 KAMI ADALAH
Belajar Mengikut Teknik Sulam Benang Pilihan Anda
Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel sulam benang kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Jadi, sebagai perunding yang berpengalaman dan bertauliah, kami menyediakan modul hanya yang menepati pasaran fesyen semasa. Ia bertujuan membolehkan anda menjana pendapatan sejurus selepas menghadiri bengkel sulam benang kami.
Konsep Pembelajaran Akademi Latihan Kami.
BELAJAR MAHIR & KUASAI
Bengkel sulam benang kendalian Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar tetapi kami akan pastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik sulam benang yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran sulam benang ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.
Pattern & Modul Sulam Benang.
BENGKEL SULAM BENANG TERKINI
Kami menyediakan bengkel sulam benang halus tangan ini berdasarkan permintaan fesyen semasa. Kami sentiasa mengemaskini modul dan pattern sulaman benang kami untuk membolehkan anda terus menjana pendapatan selepas mengikut bengkel kami. Oleh kerana itulah, modul bengkel sulaman benang kami adalah bersifat fleksibel dan mengikut peredaran fesyen semasa.
BENGKEL SULAMAN BENANG ASAS
Dalam bengkel sulaman benang asas atau untuk pemula ini, anda akan belajar beberapa teknik asas sulaman benang. Teknik asas sulaman benang ini perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum anda mempelajari teknik-teknik sulaman benang motif pelbagai.
BENGKEL SULAMAN BENANG PERTENGAHAN
Bengkel sulaman benang pertengahan ini lebih kepada modul yang menghasilkan bungaan. Atau lebih tepat lagi motif flora. Di mana, anda akan menggunakan setiap teknik asas sulaman benang untuk menghasilkan rekaan bungaan yang lebih menarik dan pelbagai.
BENGKEL SULAMAN BENANG LANJUTAN
Bengkel sulaman benang lanjutan ini disediakan untuk anda mendalami lagi teknik-teknik sulaman benang. Di mana anda akan mempelajari teknik-teknik yang lebih mencabar dan advance seperti sulam benang timbul, trapunto, dan sebagainya.
Modul Sulam Benang Halus Tangan Akademi Latihan Kami.
TEKNIK & MODUL
Ciri-Ciri Bengkel Sulam Benang Kami
KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN
Interaktif
Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktifBengkel Interaktif
Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.Santai
Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.Belajar Santai
Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.Tanpa Asas Jahitan
Belajar Bengkel Kami Tanpa Perlu Asas Jahitan.Tanpa Asas Jahitan
Anda tidak perlu asas jahitan untuk mengikuti bengkel latihan kami.Nota Berwarna
Kesemua Nota Bengkel Kami Didatangkan Dengan FULL COLOR.Nota Warna Penuh
Memudahkan rujukan anda, memberikan gambaran lebih jelas & menjadi koleksi simpanan anda.Sijil
Sijil Akan Dikeluarkan Kepada Setiap Peserta Di Akhir Kursus.Sijil Diiktiraf
Sebagai Panel Pakar Runding yang berdaftar, anda tidak perlu ragu dengan sijil keluaran kami.Konsultasi Percuma
Khdimat rundingan percuma selepas bengkel.Rundingan Seumur Hidup
Anda boleh terus mendapatkan nasihat, panduan dan pertanyaan bersama tenaga pengajar anda secara percuma seumur hidup anda.KELAS SULAMAN BENANG TERKINI
Bengkel Sulam Benang Bayang Trapunto
Kursus Bengkel Sulam Benang Bayang Trapunto ini telah diadakan selama 4 hari, bertempat Port Dickson. Kursus Sulam Bayang Trapunto ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan Panel Persijilan NOSS Kemahiran Malaysia dan Panel MARA Malaysia, telah dilantik sebagai tenaga pengajar kursus tersebut.
JOM BOOKING BENGKEL SULAMAN BENANG KAMI
Hubungi & Daftar Sekarang
Hubungi kami pada hari ini untuk menempah tempat anda dalam bengkel sulam benang kendalian kami. Kami berbesar hati menawarkan 2 jenis perkhidmatan. Sama ada bengkel secara jemputan atau secara personal coaching.