Corak Sulam Serat Timbul – Bunga Keembung
Pada kali ini, kami ingin tunjukkan kepada anda corak sulam serat timbul bunga keembung yang merupakan rekaan terkini motif bungaan sulaman mesin dari Butik Sulaman Sri Classic kami. Seperti yang dinyatakan rekaan terkini motif bungaan kali ini menggunakan teknik sulam serat timbul. Ia merupakan teknik sulam mesin tradisi yang amat popular satu waktu dahulu.
Untuk pengetahuan anda, motif bungaan kali ini membentuk corak bunga keembung atau bunga blossom. Dan ia dihasilkan dalam pelbagai saiz untuk memperlihatkan kelopak bunganya yang lebih hidup dan menarik. Seperti yang dipaparkan di dalam video di atas, anda akan dapat melihat bagaimana kelopak bunga blossom ini disulam seperti bentuk hati. Di mana kelopak bunga keembung ini akan bercantum secara membulat. Itulah uniknya jika anda menggunakan kaedah sulam serat timbul.
Walaupun pada rekaan sulaman kali ini, kami tidak menghasilkan rekaan yang berkerawang seperti sebelum ini, tetapi motif bungaancorak sulam serat timbul ini tetap menarik dan cantik. Sebagaimana yang anda sedia maklum, rekaan kerawang kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Ingin Menempah Sulaman Kerawang?
Hubungi Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
Hubungi Kami Sekarang Di 013-9854461Tempahan Sulaman Mesin Terkini Butik Sri Classic.
Berikut adalah foto bergambar corak sulam serat timbul dengan design bunga keembung atau bunga blossom yang dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami kali ini. Sila lihat bahagian bawah untuk melihat Corak Sulam Serat Timbul ini dengan lebih dekat dan jelas. Inilah uniknya hasil kaedah sulam serat timbul.
Jika anda berminat dan suka dengan design Corak Sulam Serat Timbul Bunga Keembung yang dihasilkan kami pada kali ini seperti di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan dan sahabat anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang atau sulaman mesin yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana sokongan anda!