Sulam Mesin Bunga Leletup – Jubah Cutting A.
Berikut adalah foto bergambar corak sulam mesin bunga leletup dengan daun tembikai yang telah dihasilkan pada tempahan busana jubah cutting A untuk pelanggan butik sulaman kami.
Corak Sulam Mesin Bunga Leletup Dengan Daun Tembikai.
Rekaan sulaman kerawang kali ini dihasilkan pada lengan jubah. Sulaman kerawang ini dihasilkan lebih 6 inci ketebalannya. Manakala corak yang dihasilkan tidak berbentuk seperti pucuk rebung, sebaliknya dihasilkan dalam bentuk yang mendatar. Sebab itulah Corak Sulam Mesin Bunga Leletup ini nampak sangat tebal kerana dihasilkan dalam bentuk mendatar.
Kombinasi Warna Benang Sulam.
Selain itu, kombinasi warna merah jambu muda dan juga ungu tua memberi gambar sebenar warna bunga leletup yang mempunyai gabungan warna ini. Latar fabrik yang cerah pula, dapat menaikkan seri sulaman kerawang pada kali ini.
Daun Bergerigi.
Walau bagaimanapun, pada bahagian daun dihasilkan sedikit bergerigi sepertimana pohon leletup asal. Cuma teknik bukaan zig-zag pada tulang daun tersebut berjaya menampakkan daun yang dihasilkan lebih cantik dan menarik. Hal ini kerana, pada kebiasaannya, teknik cincang yang akan digunakan untuk menghasilkan dedaun pada sulaman kerawang. Inilah yang menjadikan daun yang dihasilkan lebih timbul dan amat sesuai jika rekaannya bergerigi.
Kerawang Lebah.
Corak Sulam Mesin Bunga Leletup ini masih mengekalkan corak kerawang yang menjadi pilihan ramai iaitu kerawang sarang lebah. ia digubah dengan bulatan atau jaring-jaring yang bersaiz kecil dan dihasilkan secara pada. Warna gelap seperti kelabu gelap ini telah menaikkan lagi seri sulaman yang dicorakkan di celahan kerawang sarang lebah ini.
Hasil Corak Lebih Natural.
Oleh kerana pohon leletup ini sedikit melilit pada dahan pokok, maka ia memberikan idea kepada kami untuk menghasilkan corak sulaman yang mempunyai rungkaian antara satu sama lain. Malah ia nampak saling sambung menyambung pada keseluruhan corak sulaman kerawang ini.
Teknik Sulam Bukaan Zig Zag.
Pada rekaan kudup bunga yang dihasilkan pula, teknik bukaan zig zag yang digunakan berjaya menimbulkannya. Walaupun rekaan kudup ini dihasilkan tidak banyak, ia menyerlahkan lagi motif sulaman kerawang pada rekaan kali ini. Malah kombinasi pelbagai warna benang sulam juga berjaya membezakannya dengan rekaan sulaman bunga-bungaan yang kembang sebelum ini.
Dilukis Menyerupai Bunga Sebenar.
Itulah uniknya rekaan Corak Sulam Mesin Bunga Leletup pada kali ini. Rekaan Corak Sulam Mesin Bunga Leletup yang dilukis menyerupai bunga leletup yang sebenar. Ia nampak hidup dalam rekaan sulaman kerawang kami pada kali ini.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Tempahan Sulam Mesin Terkini Butik Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar Corak Sulam Mesin Bunga Leletup yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat Corak Sulam Mesin Bunga Leletup ini.
Jika anda berminat dengan design Corak Sulam Mesin Bunga Leletup yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461