Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Moden Bercorak Bunga Seri Pagi dan Kesidang.
Baju Kurung Moden Fabrik Thai Silk.
Berikut adalah hasil rekaan tempahan sulam kerawang baju kurung moden corak bunga seri pagi dan kesidang. untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Jurong, Singapura. Rekaan sulam kali ini berbeza dengan rekaan sulam bunga magnolia yang lalu.
Design Sulaman Kerawang Motif Bunga.
Motif Flora Corak Sulam.
Tempahan sulam kerawang pada kali ini menggabungkan motif corak bunga seri pagi dan bunga kesidang yang dihasilkan pada baju kurung moden untuk pelanggan kami dari Jurong, Singapura. Sulam kerawang setebal 10 inci ini dihasilkan di bahagian hujung pergelangan tangan dan juga di keliling labuh baju.
Sulam Pada Baju Kurung Moden Fabrik Thai Silk.
Jenis Fesyen dan Fabrik.
Baju kurung moden ini adalah fabrik Thai silk yang merupakan fabrik “keras”. Oleh yang demikian, jika sulam tidak dihasilkan dengan teliti, ia akan mudah pecah. Hal ini disebabkan fabrik thai silk ini seakan-akan helaian kertas yang nipis. Oleh itu, sulaman yang dihasilkan perlu dibuat dengan teliti dan cermat agar fabrik ini tidak akan pecah.
Menghasilkan Corak Sulam Secara Membukit.
Bentuk Design Sulaman.
Jika dilihat ketebalan sulam kerawang ini, ia nampak mewah kerana di bahagian pergelangan tangannya, ia dihasilkan setebal hampir ke siku. Manakala, di bahagian hujung labuh bajunya pula, ia dihasilkan hampir ke peha. Namun, ia nampak tidak “berat” kerana ia diolah dalam bentuk pucuk rebung ataupun secara membukit. Faktor inilah yang menjadikan design sulaman ini nampak manis dan tidak “berat”.
Sulur Melilit-Lilit Disulam Di Samping Motif Bunga Sulam.
Bentuk Design Sulur.
Ya, jika kita lihat motif seri pagi sendiri, ia mempunyai sulur yang melilit atau meliang-liuk. Begitu jugalah dengan motif bunga kesidang yang merupakan bunga yang melilit-lilit. Justeru, sulur yang dihasilkan adalah sulur yang melilit-lilit sepertimana sulur yang ada pada bunga seri pagi dan juga bunga kesidang. Ia ditambah dengan dedaun bunga seri pagi dan kesidang yang berbentuk bulat dan runcing seperti bentuk hati.
Motif Kerawang Sarang Tebuan Bersegi.
Bentuk Corak Kerawang.
Pada kali ini, kerawang sarang tebuan yang bersegi-segi dan tersusun dijadikan kerawang pada motif sulaman kali ini. Namun, kerawang tebuan ini hanya dihasilkan di celahan motif bunga dan juga di ruang kosong yang menjadi jarak antara satu-satu olahan sulaman kerawang. Walau bagaimanapun, pemilihan kerawang sarang tebuan ini nampak kemas kerana berbentuk segi enam yang tersusun antara satu dengan yang lain. Susunan segi enam ini berjaya menjadikannya kemas.
Penggunaan Warna Benang Sulam Komplimentari.
Warna Benang Sulam.
Selain daripada itu, dari segi pemilihan warna benangnya pula, kami menggunakan warna-warna yang komplimentari. Walaupun warna-warna yang digunakan bukan warna yang terdapat pada fabrik, tetapi warna-warna yang digunakan ini menjadikan hasil sulaman nampak senada dan harmoni. Malah, ia lebih cantik dengan penggunaan warna cream pada kerawang sarang tebuan. Hasilnya, ia nampak lebih timbul. Walaupun jika kita lihat warna bunga kesidang yang sebenar adalah warna putih.
Menggunakan Warna Lain Dari Warna Bunga Semulajadi.
Warna Benang Sulam.
Di sini, jika kita mengambil guna warna bunga yang sebenar, hasil sulamnya akan tenggelam kerana warna kerawang adalah cream. Sebab itulah, untuk menaikkan seri dan hasil sulaman keseluruhannya, maka warna kuning telah digunakan pada warna motif bunga kesidang ini.
Teknik Sulam Ayam Yang Digunapakai.
Teknik Sulaman Ayak Kerawang Tradisional.
Jika kita lihat dari segi teknik sulam ayaknya pula, teknik zig zag sulam padu satin telah digunakan untuk keseluruhan motif sulaman paa baju kurung moden ini. Malahan, urat-urat daun yang berbentuk hati itu juga telah menggunakan Teknik zig-zag sulam padu ini agar ia nampak lebih timbul dan cantik. Malahan, teknk layangan ataupun cincang hanya dilihat diguna pakai sebagai menyokong sahaja teknik sulam padau zig-zag tersebut.
Menghasilkan Sulaman Eksklusif.
Petua Menyulam Berkesan.
Jadi, Teknik sulam dan kombinasi warna yang tepat pada satu-satu rekaan sulaman kerawang ini dapat menghasilkan sulaman kerawang yang cantik dan menarik. Tanpa kombinasi yang tepat, ia akan menjadikan hasil sulam kerawang tersebut nampak tidak eksklusif.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Baju Sulam Dari Jurong, Singapura.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Moden Corak Bunga Seri Pagi dan Kesidang yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam terkini baju kurung moden kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Moden Corak Bunga Seri Pagi dan Kesidang di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461