Kelas & Bengkel Jahitan Manik Akademi Sri Classic.
BENGKEL JAHITAN MANIK
Belajar Menjahit Manik dan Labuci Interaktif Bersama Akademi Latihan Sri Classic Hari Ini.
KEUTAMAAN #1 KAMI ADALAH
Belajar Mengikut Pattern Manik Pilihan Anda
Keutamaan #1 kami adalah anda, peserta bengkel menjahit manik kami. Kami percaya dengan perkhidmatan kami dan memberikan servis rundingan dalam standard tertinggi. Kami sangat mengambil berat tentang kejayaan peserta kami seperti yang anda inginkan pada diri anda. Untuk itu, anda yang menentukan pattern atau teknik jahitan manik apa yang ingin dipelajari. Apa yang penting kami akan memberikan panduan kepada anda berdasarkan matlamat akhir yang ingin dicapai dalam bengkel jahit manik ini.
Konsep Pembelajaran Akademi Latihan Kami.
BELAJAR MAHIR & KUASAI
Bengkel jahit manik dan labuci yang dikendalikan Akademi Sri Classic mendukung 3 konsep pembelajaran iaitu belajar, mahir & kuasai. Ini bermakna, anda bukan sahaja sekadar belajar tetapi kami akan memastikan anda mahir dan menguasai setiap teknik jahitan manik yang dipelajari. Untuk memastikan penguasaan anda dalam kemahiran jahitan manik ini adalah 100%, maka kami berikan khidmat rundingan selepas kursus percuma seumur hidup anda. Segala kemusykilan anda akan dijawab terus oleh pengasas akademi kami sendiri.
Pattern & Modul Jahit Manik.
BENGKEL JAHIT MANIK TERKINI
Kami menyediakan bengkel jahitan manik berdasarkan pattern pilihan ataupun berdasarkan teknik apparel. Kami sentiasa mengemaskini modul dan pattern jahitan manik kami untuk membolehkan anda terus menjana pendapatan selepas mengikut bengkel kami. Oleh kerana itulah, modul bengkel jahitan manik kami bersifat fleksibel dan diperbaharui mengikut arus fesyen manik semasa.
JAHITAN MANIK ASAS / PEMULA
Bengkel jahitan manik dan labuci asas atau jahitan manik pemula ini sesuai untuk anda yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia jahitan manik ini. Bengkel dikendalikan untuk sehari atau 2 hari mengikut kehendak anda.
JAHITAN MANIK PERTENGAHAN
Belajar bengkel jahitan manik pertengahan bersama Akademi kami. Anda akan mempelajari pelbagai teknik jahitan manik yang lebih tertumpu kepada corak-corak motif bungaan yang digemari. Ketahui juga kaedah dan rahsia kekemasan jahitan dalam bengkel ini.
JAHITAN MANIK LANJUTAN
Bengkel jahitan manik advance adalah untuk anda mendalami ilmu seni kerajinan tangan ini dengan lebih mendalam. Di mana, kami akan mengajar beberapa kaedah menjahit manik crumble, manik 3D dan juga manik bridal.
Modul Jahitan Manik dan Labuci Akademi Latihan Kami.
TEKNIK & MODUL
Ciri-Ciri Bengkel Jahitan Manik Kami
KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN
Interaktif
Setiap sesi bengkel dikendalikan secara interaktifBengkel Interaktif
Untuk pembelajaran lebih seronok, pemahaman lebih mudah, dan penguasaan lebih pantas.Santai
Sesi Latihan Kami Dikendalikan Secara Santai.Belajar Santai
Tiada stress atau stress sifar bagi setiap peserta.Tanpa Asas Jahitan
Belajar Bengkel Kami Tanpa Perlu Asas Jahitan.Tanpa Asas Jahitan
Anda tidak perlu asas jahitan untuk mengikuti bengkel latihan kami.Nota Berwarna
Kesemua Nota Bengkel Kami Didatangkan Dengan FULL COLOR.Nota Warna Penuh
Memudahkan rujukan anda, memberikan gambaran lebih jelas & menjadi koleksi simpanan anda.Sijil
Sijil Akan Dikeluarkan Kepada Setiap Peserta Di Akhir Kursus.Sijil Diiktiraf
Sebagai Panel Pakar Runding yang berdaftar, anda tidak perlu ragu dengan sijil keluaran kami.Konsultasi Percuma
Khdimat rundingan percuma selepas bengkel.Rundingan Seumur Hidup
Anda boleh terus mendapatkan nasihat, panduan dan pertanyaan bersama tenaga pengajar anda secara percuma seumur hidup anda.KELAS MENJAHIT MANIK TERKINI
Bengkel Manik 3D Bersama RISDA
Kursus Bengkel Menjahit Manik 3D ini telah dijalankan selama 4 hari bertempat di Golden Straits Villa Beach Resort, Port Dickson. Kursus Bengkel Menjahit Manik 3D ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan perunding lantikan RISDA. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli bertugas sebagai pemudah cara dalam kursus yang berlangsung selama 4 hari ini.
KELAS MENJAHIT MANIK TERKINI
Bengkel Manik Crumble Bersama INSKEN
Kursus Menjahit Manik Crumble ini telah diadakan selama 4 hari bertempat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Kursus Bengkel Menjahit Manik Crumble ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan Tenaga Pengajar lantikan INSKEN. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli yang juga merupakan Panel Persijilan NOSS Kemahiran Malaysia dan Panel MARA Malaysia, telah mengendalikan kursus tersebut sepenuhnya.
KELAS JAHITAN MANIK TERKINI
Bengkel Jahitan Manik Sempena Karnival Usahawan Kedah
Kursus Jahitan Manik ini telah dijalankan selama 3 hari di Pusat Kegiatan Masyarakat, Alur Biak, Kedah sempena Karnival Usahawan Kedah. Kursus Jahitan Manik ini telah dikendalikan oleh Akademi Latihan Sri Classic yang merupakan perunding lantikan. Pengasas Akademi Latihan Sri Classic, iaitu Puan Syahida bte Ramli bertugas sebagai pemudah cara dalam kursus yang berlangsung selama 3 hari ini yang dihadiri lebih 30 orang peserta.
JOM BOOKING BENGKEL JAHITAN MANIK KAMI
Hubungi & Daftar Sekarang
Hubungi kami pada hari ini untuk menempah tempat anda dalam bengkel jahitan manik kendalian kami. Kami berbesar hati menawarkan 2 jenis perkhidmatan. Sama ada bengkel secara jemputan atau secara personal coaching.