Rekaan bunga sulaman riben amat diminati jika diletakkan pada busana. Rekaan bunga sulaman riben ini bermula dengan rekaan baju-baju pengantin. Kemudian bunga sulaman riben kini dihasilkan juga pada baju kurung moden ataupun blaus. Dari busana yang polos sehinggalah busana yang bercorak, rekaan bunga sulaman riben ini sangat cantik untuk dihasilkan.
Menggunakan Warna Kontra Atau Senada Untuk Rekaan Bunga Sulaman Riben.

Sebernarnya, segalanya bergantung pada kehendak ataupun citarasa si pemakainya. Jika individu yang memakainya seorang yang trendy, pastinya warna-warna kontra akan menjadi pilihannya. Namun, jika individu tersebut hanya sukakan warna senada dan natural, maka warna-warna pastel dan senadalah yang perlu diletakkan pada busana mereka.
Teknik Tampalan Dan Jahitan Tepi Bunga Sulaman Riben Untuk Elak Merosakkan Fabrik Tempahan.

Jika dahulu, anda perlu menebuk lubang yang besar untuk menghasilkan bunga sulaman riben pada fabrik tempahan anda, tetapi kini tidak lagi. Ini kerana bunga sulaman riben sekarang boleh dihasilkan dengan kaedah tampalan dan jahitan tepi sahaja. Dengan cara ini, ia tidak akan merosakkan fabrik tempahan sepertimana dahulu. Kerana jika tersalah tebuk, pastinya lubang akan kekal pada fabrik tempahan anda seperti fabrik yang koyak. Kini, teknik-teknik yang telah dipelbagaikan dapat dihasilkan supaya fabrik tempahan riben anda tidak lagi rosak.
Kaedah Tampalan Amat Menjimatkan Masa Menjahit.
Selain itu juga, kaedah tampalan bunga sulaman riben juga dapat menjimatkan masa anda untuk menghasilkan rekaan bunga sulaman riben. Justeru, bagi mereka yang mengambil upah menjahit aksesori pada pakaian ini, maka tempahan bunga sulaman riben ini memakan masa yang sangat singkat untuk dihasilkan. Berbanding dengan aksesori sulaman yang lain. Yang pastinya, tempahan bunga sulaman riben yang anda hasilkan dengan kaedah ini akan lebih cantik dan meriah. Ia juga boleh digabungkan dengan teknik-teknik asas sulaman lain.
Jadi, tiba masanya untuk anda beralih kepada bunga sulaman riben dalam rekaan tempahan anda. Jumpa lagi!
 
											
				 
			
											
				 
									 
	 
	 
	