Jahitan langsir ringkas menjadi minat golongan muda pada hari ini yang inginkan kediaman pilihan mereka nampak cantik, kemas dan moden. Oleh kerana itulah langsir yang menjadi pilihan mereka tentunya langsir yang ringkas mengikut tema minimalis. Bagi mereka, ia mempunyai kelasnya yang tersendiri.

 

Persoalannya ialah, apakah jahitan langsir ringkas yang sesuai dengan minat dan kehendak mereka? Apakah cadangan yang boleh anda berikan jika pelanggan datang dan ingin menempah jahitan langsir ringkas kediaman mereka dengan anda? Untuk mengetahuinya, teruskan pembacaan anda bersama saya.

 

Cara Menjahit Langsir Eyelet Dengan RingkasBentuk Jahitan Langsir Ringkas Yang Terbaik.

 

Bagaimana bentuk langsir yang ringkas ini? Biasanya ia melibatkan langsir di bahagian badan langsir. Paling ringkas ia boleh dihasilkan dengan jahitan langsir eyelet iaitu berlubang di bahagian tengah. Selain itu juga, langsir yang bertali juga boleh menjadi pilihan pelanggan anda. Cukup ringkas dengan gaya yang menarik dan tersendiri. Bukan itu sahaja, langsir berbentuk bidai juga menjadi pilihan mereka. Malah, jika dilihat pada masa kini, langsir sebegini dihasilkan pada keseluruhan tingkap ataupun cermin di dalam kediaman moden hari ini. Jadi, persoalannya ialah bagaimana untuk menghasilkan lubang yang cantik pada langsir yang serba ringkas ini?

 

Teknik Jahitan Langsir Eyelet Bentuk Terbaik Jahitan Langsir Ringkas Anda.

 

Cara Menjahit Langsir Ringkas Rumah KediamanDalam teknik jahitan langsir eyelet ini, apa yang penting adalah lubang ditebuk mengikut cincin ataupun ring yang digunakan. Malah, bagi memudahkan kerja menjahit langsir eyelet ini, terdapat ring yang dijual dengan alas serta juga dijual secara bermeter. Jadi, ini memudahkan anda yang baru berjinak-jinak dalam jahitan langsir untuk menghasilkan langsir eyelet ini.

 

Adapun langsir eyelet ini perlulah diketuk dan digunting mengikut ring yang telah tersedia. Pastikan tiada lebihan kain yang kelihatan pada ring. Jika tidak, ia akan nampak tidak kemas. Setelah digunting, seeloknya ia dibakar. Ini supaya ia tidak berbulu dan betul-betul kemas hasilnya nanti.

 

Jarak antara satu-satu ring pula perlulah sama. Jika tidak sama, langsir yang dihasilkan akan seidkit longgar pada jahitannya nanti.

 

Perlu Menitik Beratkan Teknik dan Jenis Langsir Yang Ingin Dijahit.

 

Oleh itu, dalam menghasilkan jahitan langsir ringkas ini, anda perlu menitik beratkan tentang soal teknik atau jenis langsir yang hendak dijahit. Adapun ketepatan langsir yang ingin dihasilkan juga diambil kira agar kain mahupun fabrik yang dibeli adalah mencukupi tanpa berlebihan yang membazir. Dengan ini, ia akan membuatkan anda lebih mahir dalam menjahit langsir ini serta menggunakan fabrik secara tepat. Malah, budget pelanggan anda juga dapat diminimakan dengan baik.

 

Walaupun menghasilkan jahitan langsir ringkas, namun kesemua faktor di atas perlulah diambil perhatian. Untuk itu selamat mencuba!