Terdapat pelbagai jenis jahitan langsir yang dimanti ramai. Antara jenis jahitan langsir tersebut adalah langsir yang bertemakan klasik, bertemakan Inggeris, bertemakan moden, bertemakan Arabic, dan juga bertemakan Morocco. Dengan tema yang sedemikain rupa, itulah yang menjadi kegemaran masyarakat sekarang dalam menghiasi kediaman rumah masing-masing dengan langsir. Bagi mereka yang gemar dengan jenis jahitan langsir bertemakan moden, pastinya tidak terlepas dengan aneka rekaan langsir roman blind.

Gabungan Tema Klasik dan Moden Dalam Jenis Jahitan Langsir.

Imej Menjahit LangsirSelain langsir roman blind, tema eyelet ataupun tema yang digabungkan antara tema klasik dan moden juga amat diminati. Jika dahulu, ia hanya dijahit secara polos tanpa adanya aksesori, tetapi kini ia cantik ditambah dengan aksesori tambahan seperti juraian, manik, kristal, lace dan sebagainya. Kesemua aksesori ini ditambah bagi mencantikkan lagi sesuatu rekaan jahitan langsir yang dihasilkan.

Jenis Jahitan Langsir Roman Blind.

Sebagai contohnya, jenis jahitan langsir roman blind. Jenis langsir ini tidak lagi dijahit polos tetapi ditambah dengan bentuk pelmet dan juga valance. Malah, bukan setakat di hujung roman blind, di bahagian kepala ataupun sisi roman blind turut ditambah dengan aksesori ini. Ia menjadikan rekaan langsir roman blind anda menjadi lebih cantik dan menarik.

Jenis Jahitan Langsir Dengan Rekaan Badan Seperti Box Pleat.

Imej Jenis Jahitan Langsir TerkiniTidak cukup dengan itu, jenis jahitan langsir yang diminati kini adalah rekaan badan langsir yang mana dalam lipatannya sepertimana jahitan jenis langsir box pleat dan juga garden. Dengan ruang kedut nampak tersusun dan kedalam, ia menjadikan jenis jahitan langsir ini digemari ramai. Ini kerana tanpa adanya aksesori pada bahagian kening langsir pun, ia mampu membuatkan langsir ini berdiri dengan sendirinya.

Bijak Memilih Langsir Bersesuaian Dengan Kediaman Rumah Anda.

Oleh itu, anda pilihlah jenis jahitan langsir yang sesuai dengan kediaman anda. Agar pilihan anda ini dapat menjadi penyeri untuk menghiasi kediaman rumah anda. Pastikan juga jenis jahitan langsir anda tidak hanya dipandang remeh. Dengan adanya jahitan yang bersesuaian, maka ia akan memperlihatkan kediaman rumah anda tampak lebih cantik dan berseri-seri.

Jadi, apakah pilihan jenis jahitan langsir anda hari ini?