Jahitan langsir scallop adalah mula-mula perkataan yang diperkenalkan kepada saya sewaktu mula-mula belajar menjahit langsir ini.. Sebenarnya pada mula-mula saya diperkenalkan dengan jahitan langsir ini, perkataan scallop mula diperkenalkan. Seorang guru mengatakan contoh yang mudah bagi saya jelas mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan scallop ialah saya diminta untuk melihat jahitan langsir di tingkap bas ekspress.
Mengenal Corak Jahitan Langsir Scallop.
Wah sangat cantik kerana ia berombak-ombak dan berlapis-berlapis. Itulah yang dinamakan dengan scallop. Terdapat pelbagai jenis jahitan langsir scallop ini yang dapat dijahit seperti:-
1. Scallop yang berjenis panjang;
2. Scallop yang berbentuk separuh; atau
3. Scallop yang dijahit secara satu persatu dengan saiz yang kecil.
Di sinilah saya diperkanalkan dengan nama loose scallop, swag scallop ,melano, scallop bertindih dan juga royal scallop.
Jahitan Langsir Scallop Bertindih-Tindih.
Paling suka saya lihat ialah swag scallop yang dibuat secara bertindih-bertindih sehingga scallop tersebut nampak separuh di bahagian tepi sahaja. Ia cantik sekali. Begitu juga dengan bentuk langsir melano yang dilapis satu bucu sahaja. Itulah gaya jahitan langsir scallop yang menjadi tumpuan para pelanggan.
Kos Upah Tempahan Jahitan Langsir Ini Mengikut Kemahiran Penjahit.
Bagaimana pula dengan kos upah jahitan langsir scallop ini? Adakah ia mahal, sederhana ataupun boleh ditempah dengan harga yang murah? Sebenarnya, jika anda mendapat harga tempahan langsir yang tinggi atapun rendah, ia bergantung kepada si penjahit tersebut. Ia dinilai daripada kualiti jahitan langsir yang ditunjukkan. Serta jahitannya memenuhi kehendak pelanggan. Apa yang penting di sini ialah hasil langsir tersebut perlulah cantik di mata anda sebagai pelanggan. Ini kerana kepuasan hati anda sebagai pelanggan adalah perkara yang perlu diberi keutamaan oleh pihak penjahit.
Kos Upah Tempahan Jahitan Langsir Mengikut Ukuran.
Selain itu, ada yang melihat dan meletakkan harga berdasarkan pengkelasan berikut. Iaitu ia dikira mengikut ukuran kaki persegi, ada juga yang dikira menggunakan berapa lengkuk scallop yang terhasil. Ini bermakna, setiap satu scallop akan dikira dari RM 15 hingga RM 20. Jika dalam satu langsir tersebut terdapat 4 lengkuk scallop, maka ia perlu didarabkan dengan harga tadi iaitu RM15 x 4 lengkuk.
Kos Upah Tambahan Dikenakan Jika Mempunyai Aksesori Tambahan.
Bukan itu sahaja, jika ia ditambahkan dengan aksesori langsir yang lain seperti butang, renda, lis, lisu, dan sebagainya, maka perlulah harga tadi ditambah mengikut berapa bilangan aksesori yang terhasil. Harga aksesori itu bergantung kepada sejauh mana mudah atau sukar untuk menghasilkannya.
Sebab itulah saya katakan bahawa, jahitan langsir scallop ini memang cantik dan boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan jika anda tahu cara menjahitnya. Dan jika anda mahir dalam menghasilkan jahitan langsir scallop ini, pastinya ramai pelanggan langsir akan datang meminta tempahan daripada anda.