2 Gaya Rekaan Kerawang Pagar Dengan Motif Bunga Semarak Api.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung pahang untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Muadzam Shah, Pahang. Uniknya tempahan ini menggunakan 2 gaya kerawang pagar.

Rekaan Kerawang Pagar Dengan Motif Bunga Semarak Api

Sulaman Kerawang Baju Kurung Pahang.

Tempahan Kurung Pahang Bersulam Muadzam Shah, Pahang.

Dalam menghasilkan motif sulaman kerawang, mencari idea-idea yang asli ataupun tersendiri, kadang-kadang pencarian idea-idea baru inilah saat yang paling sukar bagi seoarang pereka sulam. Ini kerana, tidak mahu terikat dengan rekaan-rekaan lama ataupun rekaan-rekaan yang banyak terdapat di pasaran.

Sulaman Kerawang Pada Baju Soft Cotton Kurung Pahang.

Rekaan Kurung Pahang Bersulam.

Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju soft cotton kurung Pahang. Baju ini dipakai oleh seorang yang sederhana dan simple orangnya. Sebab itulah beliau meminta agar rekaan sulaman yang dihasilkan untuknya sederhana tetapi menarik.

Saiz Ketebalan Sulam Sederhana.

Ketebalan Sulam Pada Baju Kurung Pahang.

Hasilnya, sulaman kerawang motif bunga semarak api ini dihasilkan sederhana tebal pada bahagian tangan dan juga disulam nipis di bawah keliling baju. Pada bahagian tangan baju dihasilkan sulam setinggi 3 inci dan 1 ½ inci untuk design sulam di bawah keliling baju.

Sulur Paku Pakis Menjadi Pilihan Motif Sulur.

Pilihan Sulur Sulam.

Sebenarnya, motif semarak api adalah motif yang dicadangkan oleh penempah sulam ini sendiri. Cuma, kami rekakan kembali seiring dengan gaya motif sulaman kerawang. Bunga semarak api dihasilkan bersama-sama dengan sulur paku pakis. Sulur paku pakis juga merupakan sulur yang sering digunakan dalam rekaan sulaman kerawang.

Hasil Bentuk Sulaman Membukit.

Rekabentuk Design Sulam.

Selain itu, bentuk rekaan sulaman kerawang ini dihasilkan secara membukit di bahagian tangan dan tebal yang sekata di keliling bawah baju. Bentuk membukit ini akan menjadikan tangan si pemakai nampak lebih langsing. Sebab itulah rekaan sulam kali ini dihasilkan sedemikian.

Pemilihan Warna Senada.

Gabungan Warna Pastel Yang Senada.

Dari segi pemilihan warna sulaman motif semarak api ini pula, warna yang dihasilkan adalah senada dan lebih natural. Oleh itu, anda akan dapati warna-warna yang dihasilkan nampak lebih senada dan hanya menggunakan warna-warna pastel sahaja.

Penggunaan 2 Motif Kerawang.

Motif Kerawang.

Pemilihan kerawang juga amat penting dalam menyerikan sesuatu hasil rekaan sulaman kerawang. Seperti rekaan kali ini, kerawang pagar telah dihasilkan. Namun, terdapat 2 gaya rekaan kerawang pagar. Satu, dihasilkan dalam bentuk 4 segi dan satu lagi adalah rekaan yang menyerupai jaring ataupun palang di bahagian tengah.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya. Sulaman kerawang kali ini telah memenuhi semua kriteria yang diminta oleh penempah. Dan penempah ini juga amat menyukainya.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Pahang.

Baju Kurung Pahang Bersulam Kerawang Motif Bunga Semarak Api.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Pahang Bersulam Kerawang Motif Bunga Semarak Api dengan Kerawang Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Muadzam Shah, Pahang pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga semarak api pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Pahang Bersulam Kerawang Motif Bunga Semarak Api dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461