Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali.
Tempahan Sulam Baju Dress Fish Tail
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kebaya fish tail untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Kulai, Johor Bharu. Tempahan sulam ini dihasilkan untuk ibu pengantin mempelai lelaki.
Sulaman Kerawang Busana Kebaya Fish Tail.
Tempahan Kebaya Bersulam Kulai, Johor.
Reka bentuk busana fish tail amat diminati dan menjadi trend rekaan pada masa kini. Begitu juga dengan busana pada kali ini iaitu kebaya moden dengan fish tail. Kebaya moden yang berleher cheongsam ini dihasilkan sedikit kembang dan fish tailnya melekat ke belakang dengan rekaaan bahagian belakang baju lebih panjang dan melengkung.
Hasil Sulaman Kerawang Mewah Pada Segenap Sudut Baju.
Rekaan Kebaya Fish Tail Bersulam.
Ya, dalam menghasilkan kelainan pada rekaan ini, ia dihiasi dengan sulaman kerawang di bahagian tangan, depan belahan baju kebaya, keliling belakang baju serta hadapan kain rekaan duyong. Jika dilihat keseluruhannya, ia nampak lebih mewah kerana kebaya fish tail ini kembang dan labuh di bahagian belakang baju.
Gabungan Motif Bunga Peony dan Bunga Bakawali Pada Sulam.
Motif Sulam Pada Kebaya Fish Tail.
Pada kali ini, gabungan motif bunga peony, dan juga bunga bakawali dihasilkan untuk menjadikan sulaman kerawang kali ini nampak lebih mewah. Motif bunga peony sememangnya cantik kerana ia mempunyai kelopak bunga yang banyak. Daripada debunga dan kelopak kecil, ia berkembang menjadi sekuntum peony yang mekar. Motif ini dapat dilihat di bahagian hadapan belahan kebaya fish tail ini. Malah, motifnya bersaiz besar bagi memenuhi ruang bucu tersebut supaya sulaman motif bunga peony ini jelas dan menarik perhatian. Manakala motif bunga bakawali yang berkelopak sedikit tajam dijadikan sebagai motif bunga sekunder dalam design sulaman kali ini.
Corak Sulam Daun Membulat dan Bergerigi.
Motif Corak Daun Pada Kebaya Fish Tail.
Turut memainkan peranan dalam hasil sulaman pada kali ini adalah corak daun dan sulurnya. Gabungan daun yang membulat dan bergerigi menghiasi keseluruhan motif sulaman. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis peony dengan daun yang bergerigi dan juga daun yang membulat. Sebab itulah pada kali ini, kami gabungkan kedua-dua bentuk gaya daun ini bagi menghasilkan sulaman yang lebih natural.
Motif Sulur Melentok.
Motif Sulur Sulam.
Sulurnya tidaklah direka meliang-liuk seperti mana sulur kekacang ataupun sulur daun sireh. Sebaliknya ia hanya melentok mengikut lentur sulur ataupun pucuk muda sahaja.
Saiz Ketebalan Sulaman Kerawang.
Ketebalan Saiz Sulaman Kerawang Baju Kebaya Fish Tail.
Jika kita lihat dari segi ketebalan sulaman kerawangnya, terdapat ketebalan yang berbeza-beza pada ruangan yang berbeza. Ya, jika dilihat di bahagian hujung lengan baju, dihasilkan ketebalan sulam setebal 5 inci. Dan ia membentuk runcing seperti pucuk rebung. Manakala di bahagian hadapan kebaya fish tail pula, dihasilkan sulam setebal 4 inci. Ketebalan ini dikecilkan sedikit pada ruang belakang baju iaitu 3 inci agar ia tidak nampak terlampau sarat. Selain itu, di bahagian hadapan kain pula, disulam setebal 6 inci agar ia lebih menyerlahkan si pemakai dalam menggayakan busana ini.
Pemilihan Warna Triadic Untuk Senada Dengan Fabrik Turquoise Kehijauan.
Tona Warna Sulam.
Oleh kerana latar fabriknya berwarna turquoise kehijauan, maka warna triadic menjadi pilihan agar warna ini dapat menyerlahkan lagi busana kebaya fish tail ini. Warna-warna kontra ini bukan sahaja nampak terserlah, bahkan ia juga digabung jalinkan supaya lebih harmoni dan sedap mata memandangnya. Walaupun pada bahagian kerawang menggunakan warna biru muda, tetapi hakikatnya ia nampak senada dengan latar fabrik iaitu turquoise kehijauan. Oleh itu, pemilihan warna ini sebenarnya perlu tepat agar ia nampak harmoni dan tidak menyakitkan mata setelah sulaman siap sepenuhnya.
Motif Kerawang Pagar Besar dan Kecil.
Motif Kerawang Pada Baju Kebaya Fish Tail.
Selain itu, kerawang yang dihasilkan pada kali ini lebih unik. Ini kerana kerawang yang dihasilkan adalah kerawang pagar besar dan kecil. Ia digabungkan dengan kemas dalam setiap corak sulaman. Jika diperhatikan, kerawang pagar bersaiz kecil ini kelihatan seperti batu batu yang disusun dengan 6 lapisan. Ia disusun secara berselang seli dalam kerawang pagar yang bersaiz besar. Itulah uniknya, kerawang yang dihasilkan pada kali ini yang bentuknya lebih kepada kerawang kontemporari.
Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.
Teknik Sulam Ayak Goyang.
Dari segi teknik sulamannya pula, pada design kali ini, dapat dilihat, kami banyak menggunakan teknik satin bukaan zig zag. Ia bertujuan agar hasil sulamannya nampak lebih timbul. Selain itu, cincang padu juga digunakan bagi menampakkan tona warna yang berbeza dan perbezaan teknik satin bukaan zig zag dalam kesleuruhan motif bunga dan daun pada kali ini.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Fish Tail Dari Kulai, Johor.
4Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Dress Berseluar.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Dress Berseluar.
Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali dengan Kerawang Pagar Besar dan Kecil yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Kulai, Johor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga peony dan bakawali pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461