Corak Sulam Goyang Bunga Balon & Apple Blossom – Kebaya Tradisional.

Berikut adalah hasil rekaan baju kebaya sulam goyang bunga balon dan apple blossom yang telah dihasilkan untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Thumbnail Baju Kebaya Sulam Goyang Bunga Balon dan Apple Blossom

Baju Kebaya Sulam Goyang.

Baju kebaya sulam goyang kali ini menggunakan motif bunga balon dan bunga apple blossom. Kebaya tradisional yang sedia maklum mempunyai lidah di bahagian hadapan baju dan dipadankan dengan kain sarung. Di sini, di bahagian hujung hadapan kain turut disulam kerawang. Ia membentuk seperti hutuf ‘L’ dan dihasilkan di bahagian bucu kainnya sahaja.

Kerawang Setebal 14 Inci Untuk Bucu Kebaya Tradisional.

Selain itu, di bahagian keliling baju, tangan, lidah baju dan hujung bucu baju turut disulam kerawang. Paling meriah kerawang dihasilkan ialah di bahagian hujung bucu kebaya ini. Hal ini keranan ketinggian sulaman di bahagian bucu adalah setinggi 14 inci kerawangnya.

Motif Sulam Bunga Apple Blossom.

Walau bagaimanapun, pada kali ini terdapat 2 motif sulaman yang digabungkan. Jika dilihat di bahagian lidah hadapan kebaya, dihimpunkan bunga-bunga kecil berserta dengan kerawang lebah. Motif yang diketengahkan adalah motif bunga apple blossom. Ia disulam goyang cantik di dalam kelompoknya setebal 2 inci.

Motif Sulam Bunga Balon.

Manakala pada hadapan baju yang disulam tebal 14 inci, motif rekaan bunga balon dihasilkan. Walaupun bunga balon ini pada asalnya berwarna biru tetapi ia juga boleh didapati dalam warna kemerahan. Sebab itulah, motif bunga balon digunakan untuk menghiasi hadapan baju kebaya ini. Motif bunga balon ini disusun berkelompok yang menyamai bunga balon sebenar.

Sulam Biku Secara Bergerigi.

Adapun di bahagian hadapan belahan kain kebaya ini dihasilkan sulaman berbentuk ‘L’. Ia tidak disulam penuh tetapi pada keseluruhan kain tersebut disulam secara bergerigi bikunya. Ia dipadankan dengan motif sulaman kerawang di bahagian kain kebaya.

Serlahkan Kemewahan Hasil Sulam Baju Kebaya.

Di bahagian tangannya pula, kami tidak menyulamnya dengan tebal tetapi ia disulam hanya dalam ketebalan 2-3 inci sahaja. Kombinasi sulaman tebal dan sederhana tebal ini menaikkan lagi kemewahan hasil sulaman kerawang pada baju kebaya sulam goyang kali ini.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Jelas corak sulam goyang 1 design untuk 1 fabrik ini menjadikan identiti kami Butik Sulaman Sri Classic berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam-penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam goyang kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulam Goyang Terkini Butik Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kebaya sulam goyang bunga balon dan apple blossom yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman goyang kali ini.

Jika anda berminat dengan hasil corak sulam goyang pada kebaya tradisional di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461