Sulaman Goyang Kebaya.
Tempahan Kebaya Bersulam Telok Mas, Melaka.
Pada kali ini, sulaman goyang dihasilkan pada baju kebaya moden milik pelanggan dari Telok Mas, Melaka. Apa yang menjadi kelainannya ialah, pelanggan kali ini hanya inginkan sulaman goyang sahaja yang menghiasi baju kebayanya tanpa kerawang.
Sulam Goyang Motif Bunga Orkid Tanpa Kerawang.
Rekaan Kebaya Bersulam.
Walaupun kerawang tidak dihasilkan,namun sulaman tetap dihasilkan, namun sulaman goyang tetap dihasilkan pada hujung tangan dan juga hadapan baju. Corak sulaman goyang kali ini adalah motif bunga orkid. Ia bagi menuruti permintaan pelanggan dari Telok Mas, Melaka ini. Bahagian hadapan baju kebaya dihasilkan sulam dengan kedudukan huruf “L”. manakala bahagian hujung tangannya pula, dihasilkan sulam secara membukit membentuk 3 segi.
Saiz Ketebalan Sulam Goyang.
Saiz Ketebalan Sulam Goyang.
Dari segi ketebalan sulaman pula, ia dihasilkan dalam tebal yang sederhana sahaja. Di bahagian tangan, ketebalan sulaman goyang dihasilkan setebal 3 inci. Manakala ketinggian di bahagian tinggi bentuk “L” adalah setinggi 8 inci dan lebarnya dalam 7 inci.
Rekaan Motif Ranting Menggantikan Sulur.
Motif Corak Ranting Kebaya.
Oleh kerana pohon orkid tidak mempunyai sulur, maka hanya ranting-ranting kecil sahaja yang dihasilkan. Ia bertujuan untuk menyambung antara kelopak bunga orkid tersebut. Malah, kudup-kudup orkid juga menjadi penyeri kepada motif orkid ini secara keseluruhannya.
Tiada Motif Kerawang Dihasilkan.
Motif Kerawang.
Pada kali ini, tidak kelihatan kerawang dihasilkan kerana pelanggan hanya mahukan sulaman sahaja. Jadi, pada kali ini tiada motif kerawang dihasilkan pada baju kebaya ini. Ini disebabkan pihak kami sememangnya menyulam goyang berdasarkan permintaan pelanggan. Yang penting kepuasan anda sebagai pelanggan adalah matlamat butik kami.
Penggunaan Warna Komplimentari Yang Harmoni.
Pilihan Warna Benang Sulam Senada.
Selain itu, warna benang yang digunakan adalah warna-warna komplimentari yang harmoni dengan latar belakang fabrik. Ia adalah permintaan pelanggan yang hanya inginkan warna senada dengan warna fabrik kebaya beliau. Hal ini kerana, beliau tidak mahu kebayanya terlampau menyerlah dengan sulaman.
Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.
Teknik Sulam Ayak Goyang.
Dari segi Teknik sulam goyang ayak yang digunakan pula, kami menggunakan Teknik satin kerana ia akan nampak timbul dan cantik. Walau bagaimanapun, Teknik layangan hanya digunakan untuk mendapatkan shading warna agar ia lebih timbul dan menyerlah.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, walaupun hanya corak sulam goyang sahaja dihasilkan, ia tetap akan menjadi cantik sekiranya pemilihan warna, Teknik dan motif diseimbangkan agar dapat disesuaikan dengan latar fabrik yang diberi oleh pelanggan.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Dri Telok Mas, Melaka.
Justeru, design sulaman goyang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama kerawang yang sentiasa sinonim dengan sulam goyang. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman goyang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Goyang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kebaya.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman goyang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Baju Kebaya Sulam Goyang Corak Orkid.
Baju Kebaya Sulam Goyang Motif Bunga Orkid.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kebaya Sulam Goyang Corak Orkid yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Telok Mas, Melaka pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga orkid tanpa menghasilkan tebuk kerawang pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kebaya Sulam Goyang Corak Orkid yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461