Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Bunga Melur Cina dan Teratai Dengan Kerawang Cakar Ayam.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Johor Bharu.

Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Bunga Melur Cina dan Teratai

Tempahan Sulam Kerawang Kurung Moden Dari Johor Bahru.

Tempahan Kurung Moden Bersulam, Johor.

Pada kali ini, hasil sulaman kerawang dibuat khas untuk pelanggan dari Johor Bahru. Sulaman kerawang ini dihasilkan pada baju kurung moden fabrik cotton Jepun.

2 Motif Bunga Sulam Menjadi Pilihan Rekaan.

Rekaan Kurung Moden Bersulam.

Oleh kerana latar baju kurung moden ini dipenuhi dengan beberapa jenis motif bungaan, jadi kami hanya mengambil 2 motif yang dominan sahaja untuk dijadikan motif sulam. Iaitu motif melur cina dan motif bunga Teratai. Dengan motif pilihan inilah yang menjadi ilham butik sulam kami dalam menghasilkan sulaman kerawang pada baju kurung moden ini.

Sulam Kerawang Setebal 4 Inci.

Ketebalan Saiz Sulam Goyang.

Sulaman kerawang motif bunga Teratai dan melur cina ini dihasilkan pada bahagian hujung tangan baju dan juga keliling bawah baju. Ia dihasilkan setebal 4 inci secara mendatar pada keliling bawah baju dan secara membukit atau pucuk rebung di bahagian tangan baju. 4 inci merupakan ketebalan yang sederhana yang menjadi permintaan pelanggan. Ini kerana ia boleh dibawa samada di majlis formal ataupun koktail berbanding dengan sulaman yang tebal biasanya dipakai pada majlis-majlis formal, dan majlis-majlis perkahwinan serta majlis-majlis yang lebih grand yang bersesuaian dengan kemewahan pada sulaman tersebut. Jadi ketebalan sulam goyang yang sederhana ini menjadi pilihan pelanggan yang sememangnya penggemar sulaman goyang kerawang.

Motif Batang Lembut Pengganti Sulur Sulam.

Motif Sulur Sulam Kurung Moden.

Oleh kerana motif bunga Teratai dan melur cina ini secara semulajadinya tidak mempunyai sulur yang meliang-liuk, maka kami hasilkan sahaja batang-batang lembut yang melentur sebagai sulur untuk rekaan kali ini. Ia dihasilkan agar rekaan sulam nampak harmoni dan cantik walaupun tidak dihiasi dengan sulur-sulur yang bergulung-gulung seperti kebiasaannya.

Elemen Kerawang Tradisi Cakar Ayam.

Motif Kerawang Sulam.

Oleh kerana motif pada kali ini nampak moden dek dihasilkan pada baju kurung moden, maka elemen tradisi turut disuntik pada motif sulam goyang kali ini. Hal ini kerana, kerawang cakar ayam dihasilkan pada keseluruhan motif sulaman bunga Teratai dan melur cina ini. Malah, ia turut dimodenkan dengan menghasilkan kerawang pada celahan corak sulaman pada baju kurung moden ini.

Pilihan Warna Sulam Goyang Kurung Moden.

Warna Benang Sulam.

Selain itu, dari segi pemilihan warnan benangnya pula, kami ambil warnanya berdasarkan latar belakang fabrik cotton jepun ini. Walaupun begitu, pemilihan warna kali ini dihasilkan dengan lebih teliti kerana warna latar belakang fabrik mempunyai warna-warna yang cerah dan meriah. Jika tidak ia akan nampak berserabut disebabkan latar belakang fabrik yang sarat dengan corak.

Pemilihan Teknik Sulam Ayak.

Teknik Sulam Goyang Ayak.

Dari segi pemilihan Teknik sulaman ayaknya pula, ia bukan menjadi masalah kerana saiz kelopak buynga-bunga ini dihasilkan dalam saiz sederhana. Ia memudahkan untuk penghasilan Teknik bukaan zig zag satin sulam padu. Teknik ini digunakan agar hasil sulaman nampak timbul dan tidak tenggelam. Dengan ini, hasil sulaman dapat dilihat jelas walaupun latar belakang corak fabriknya penuh dengan bunga-bungaan serta berwarna-warni.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Dari Johor Bahru.

Justeru, sulaman kerawng bunga melur cina dan bunga Teratai ini dapat memunihi semua kehendak dan citarasa penempah dari Johor Bahru ini. Semoga berpuasa hati dengan rekaan sulam kami. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Dress Berseluar.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden.

Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Bunga Melur Cina dan Teratai.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Bunga Melur Cina dan Teratai dengan Kerawang Cakar Ayam yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Johor Bahru pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga melur cina dan teratai pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Bunga Melur Cina dan Teratai yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461