Baju Kurung Moden Sulam Ayak.
Tempahan Sulam Kurung Moden Terkini.
Motif sulaman bunga leletup menjadi kegemaran kebanyakan pelanggan kami pada tahun ini. Untuk corak sulam kali ni, motif bunga leletup masih digunakan namun, hasil sulamannya tetap berbeza dengan design sebelumnya. Apa yang membezakannya ialah baju kurung moden kali ini disulam mewah pada keseluruhan bahagian hujung lengan, keliling labuh baju dan keliling hujung kain.
Ketebalan Sulam Lebih 4 Inci.
Tempahan Sulam Kurung Moden Terkini.
Ketebalan keseluruhan sulaman kerawang ini melebihi 4 inci. Ia menjadikan hasil sulaman pada kali ini lebih menarik dan mewah. Lengkuk-lengkuk daun yang melilit bunga-bunga leletup ini menambahkan lagi seri imej ekor burung merak yang disulam. Dan ia padan dengan saiz ketebalan 4 inci hasil sulamnya.
Beralun Membentuk Ekor Merak.
Tempahan Sulam Kurung Moden Terkini.
Motif sulaman bunga leletup ini dihasilkan membentuk seperti ekor merak. Ia terjadi ekoran sulur serta daun-daun kecil dihasilkan mengelilingi bunga leletup yang dihimpunkan serta disusun secara menaik. Sebab itulah ia nampak seperti ekor merak yang hidup kelihatan berlaun-alun coraknya.
Penggunaan 5 Jenis Warna Benang Sulam.
Tempahan Sulam Kurung Moden Terkini.
Jika ekor merak dilihat mempunyai aneka warna, begitulah juga dengan motif sulaman ayak kerawang bunga leletup ini. Kami telah menggunakan warna yang sepadan dengan ekor merak sebenar. Hampir 5 jenis warna benang yang berbeza telah digunakan untuk menghasilkan motif bunga leletup pada tempahan kali ini.
Penggunaan Warna Yang Cerah.
Tempahan Sulam Kurung Moden Terkini.
Selain itu, penggunaan warna yang cerah dapat menyerlahkan lagi hasil sulaman kerawang ini walaupun pada dasarnya busana kurung moden ini berwarna pastel merah jambu. Penggunaan warna-warna terang seperti kuning, coklat gold, merah, ungu dan putih berjaya memberi impak yang menarik dalam hasil rekaan sulaman ayak kerawang motif bunga leletup ini.
Teknik Bukaan Zig-Zag.
Tempahan Sulam Kurung Moden Terkini.
Teknik bukaan zig-zag telah digunakan untuk menghasilkan rekaan sulam ayak kerawang ini. Ia bertujuan untuk menampakkan bunga leletup ini lebih timbul. Apatah lagi apabila setiap bingkai kelopak dihasilkan dengan teknik bukaan zig-zag. Penggunaan teknik cincang di bahagian kelopak bunga leletup ini memberi kesan yang lebih realiti agar hasil sulaman nampak lebih natural.
Sesuai Dengan Usia Pemakai.
Tempahan Sulam Kurung Moden Terkini.
Sebab itulah hasil sulaman ayak kerawang kali ini nampak berlainan sekali walaupun ia masih menggunakan motif bunga leletup. Manakala bunga leletup ini dihasilkan pada saiz yang sederhana besar supaya ia secocok dengan usia pemakai yang muda.
Hasil Baju Kurung Moden Sulam Eksklusif.
Tempahan Sulam Kurung Moden Terkini.
Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kerawang kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Kami menghasilkan design sulaman yang lain daripada yang lain di pasaran. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Tempahan Sulaman Ayak Kerawang Terkini.
Itulah sajian foto bergambar baju kurung moden sulam bunga leletup berbentuk ekor merak yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman ayak kerawang kali ini.
Jika anda berminat dengan hasil rekaan baju kurung moden sulam ayak yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulam Kerawang.Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461