Baju Kurung Moden Sulam Goyang Bunga Semarak Api.
Berikut adalah hasil rekaan baju kurung moden sulam goyang yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami. Motif sulam goyang kali ini adalah bunga semarak api dengan kerawang sarang lebah.
Baju Kurung Moden Sulam Goyang Bunga Semarak Api.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Baju kurung sulam goyang kali ini bermotifkan bunga semarak api. Bunga semarak api merupakan spesis flora dalam keluarga Fabaceae. Ia terkenal dengan daun seperti paku pakis dan bunga yang berwarna terang dan menonjol. Malah, bunga semarak api ini juga merupakan bunga rasmi daerah Sepang, Selangor.
Gabungan Warna Benang Untuk Fabrik Berwarna Pastel.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Oleh kerana sifat bunganya yang menonjol, pihak kami telah menggunakan warna yang gelap seperti ungu gelap dan digabungkan dengan warna kuning terang untuk menjadikannya sedikit kontra daripada warna pastel fabrik. Malah, gabungan warna ini berjaya menimbulkan warna sulam kerawang yang menggunakan warna pink sebagai latarnya. Ia berjaya menaikkan serta menyerlahkan lagi rekaan baju kurung moden sulam goyang bunga semarak api yang diwarnakan dengan warna ungu.
Sulur Biji Padi Pada Baju Kurung Moden Sulam.
Tempahan Baju Kurung Moden.
Walaupun pada asalnya bunga semarak api ini berwarna merah dan oren, nyata rekaan yang menggunakan warna ungu ini berjaya menyerlahkan baju kurung moden sulam goyang kali ini. Malah, gabungan bunga semarak api dengan sulur biji padi berjaya memberi kelainan pada rekaan kali ini. Ini kerana sebelum ini, pihak kami lebih gemar menggabungkan sulur yang berbentuk seperti kekacang yang dilihat melilit-lilit. Namun, pada kali ini rekaan tampak lebih ceria dan moden serta ringkas.
Corak Sulam Goyang Setebal 3 Inci.
Tempahan Baju Kurung Moden.
Sulam goyang ini dihasilkan pada busana baju kurung moden pendek setebal lebih 3 inci. Walaupun bentuk rekaannya mendatar, namun dengan gabungan sulur biji padi, ia berjaya menyusun corak sulam goyang kali ini secara menaik. Walaupun bungaan asal, bunga semarak api ini mempunyai daun seperti paku pakis.
Sentuhan Kreativiti Baju Kurung Moden Sulam.
Tempahan Baju Kurung Moden.
Rekaan kali ini ringkas kerana elemen-elemen asal telah diubah mengikut kreativti kami. Ini kerana pada daun bunga semarak api ini telah diubah menjadi daun-daun yang lebar dan bersaiz besar. Pada kami, ia satu seni yang boleh dikembangkan kerana motfi rekaan bunga semarak api ini jarang digunakan.
Rekaan Moden Sulam Goyang.
Tempahan Baju Kurung Moden.
Rekaan tradisi sulam goyang lebih menggunakan bunga asam batu, bunga tanjung, bunga pecah lima dan bunga cengkih. Namun, rekaan moden lebih nampak natural kerana ia menggunakan bunga-bungaan moden yang jarang digunakan. Begitu juga dengan motif abstrak. Inilah yang membezakan rekaan tradisi sulam goyang dengan rekaan moden sulam goyang.
Teknik Cincang Sulam Goyang.
Tempahan Baju Kurung Moden.
Selain itu, untuk kekemasan corak sulam goyang ini, teknik cincang digunakan bagi keseluruhan rekaan sulaman. Ini kerana bunga yang dihasilkan dengan teknik sulam cincang akan lebih tegap daripada teknik-teknik ayakan yang lain.
Hasil Sulam Goyang Eksklusif.
Tempahan Baju Kurung Moden.
Jelas corak sulam goyang 1 design untuk 1 fabrik ini menjadikan identiti kami Butik Sulaman Sri Classic berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam goyang kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Baju Kurung Moden Sulam Goyang Butik Sri Classic.
Inilah sajian foto bergambar baju kurung moden sulam goyang bunga semarak api yang telah dihasilkan untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam goyang bunga semarak api ini.
Jika anda berminat dengan baju kurung moden sulam goyang yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan halaman ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam goyang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461