Corak Sulam Bunga Lidah Kucing & Dahlia – Baju Kurung Pahang.

Berikut adalah hasil rekaan corak baju kurung pahang sulam bunga lidah kucing dan bunga dahlia untuk pelanggan butik sulaman kami.

Corak Sulam Bunga Lidah Kucing BUnag Dahlia Baju Kurung Pahang

Corak Baju Kurung Pahang Sulam.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Pada kali ini sulaman kerawang dihasilkan masih lagi pada baju kurung Pahang ataupun baju kurung pesak gantung. Dengan ini, di bahagian bawah baju ini kelihatan sedikit kembang. Dan ini membezakan kurung tradisi ataupun teluk belanga dengan baju kurung Pahang ataupun pesak gantung.

Rekabentuk Sulam Membukit.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Selain itu, di bahagian tangan baju, rekabentuk motif ini dihasilkan seperti pucuk rebung i.e sedikit membukit. Ia dilihat di mana beberapa kuntum bunga dihimpunkan di bahagian tengah motif sulam agar kelihatan seperti membukit. Namun begitu, di bahagian keliling labuh baju masih mengekalkan rekabantuk yang mendatar.

Warna Kontra Yang Harmoni.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Walaupun pemilihan warna kontra dipilih, namun ia tetap harmoni apabila digunakan. Lebih menyerlah lagi apabila penggunaan warna terang seperti kelabu muda menjadi latar belakang kerawang lebah. Malah sulaman yang dihasilkan nampak timbul dan cantik.

Motif Sulam Bunga Dahlia.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Bagi motif bunga dahlia pula, kami menggabungkan warna kuning, merah jambu dan juga maroon. Pada mulanya, bingkai bunga dihasilkan dengan warna maroon dengan menggunakan kaedah bukaan zig zag. Walaupun ianya tidak tebal tetapi ia telah menampakkan rebentuk bunga yang dihasilkan iaitu motif bunga dahlia.

Motif Sulam Bunga Lidah Kucing.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Motif sulam bunga lidah kucing dipilih kerana ingin memperkenalkan kepada peminat-peminat sulaman ayak kerawang dengan bunga-bunga tempatan yang cantik untuk dijadikan motif sulaman ayak kerawang. Ia tidak terhad kepada motif bunga-bungaan biasa seperti ros, sakura, carnation yang selalu digunakan oleh pihak kami.

Kenali Bunga Lidah Kucing.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Bunga lidah kucing tempatan yang hidup meliar mempunyai warna asal putih kekuningan dan di bahagian debunganya berwarna coklat gelap. Ia banyak terdapat di ladang-ladang kelapa sawit kerana ia ditanam bagi mengelakkan anak-anak kelapa sawit dari diserang serangga perosak. Bunga lidah kucing ini mempunyai 5 kelopak dan pokoknya dikategorikan sebagai pokok renek.

Motif Daun Mentimun.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Selain daripada gabungan 2 jenis motif sulam, sulaman ayak kerawang kali ini juga menggunakan motif daun mentimun, yang sedikit lebar dan bergerigi. Walaupun motif daun mentimun ini jarang digunakan, namun apabila dipadankan dengan motif bungaan di atas, ia nampak lebih harmoni dan cantik.

4 Inci Tebal Sulaman Ayak.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Malahan, ia ditambahkan juga dengan kerawang sarang lebah yang kemas dan cantik. Kali ini, ketebalan sulaman ayak kerawang yang dihasilkan adalah hanya 3-4 inci sahaja. Ia dihasilkan pada keliling baju. Manakala di bahagian tangan baju kurung pahang ini pula, ia dihasilkan sedikit membukit dengan ketebalan 4.5 inci di bahagian bukitnya.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Jelas corak sulaman ayak kerawang 1 design untuk 1 fabrik ini menjadikan identiti kami Butik Sulaman Sri Classic berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulaman Kerawang Terkini Butik Sri Classic.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Itulah sajian foto bergambar corak baju kurung pahang sulam bunga lidah kucing dan dahlia yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam ayak kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak baju kurung pahang sulam bunga lidah kucing dan dahlia ini.

Jika anda berminat dengan corak baju kurung pahang sulam bunga lidah kucing dan dahlia di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461