Baju Kurung Princess Sulaman Kerawang Bunga Semarak Api.

Tempahan Sulam Baju Kurung Princess Sulaman Kerawang Bunga Semarak Api

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada Baju Kurung Princess Sulaman Kerawang Bunga Semarak Api untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Milwaukee, USA. Tempahan sulam ini dipadankan dengan fabrik kain songket.

Baju Kurung Princess Sulaman Kerawang Bunga Semarak Api
Follow Us On Instagram

Sulaman Kerawang Baju Kurung Princess Sulaman Kerawang Bunga Semarak Api.

Tempahan Kebaya Bersulam Milwaukee, USA.

Sulaman kerawang pada kali ini, dihasilkan pada baju kurung princess yang ditempah oleh pelanggan dari Milwaukee, USA. Ia dihasilkan pada fabrik bridal satin. Sebab itulah sulaman kerawang ini terhasil nampak terletak dan cantik pada baju kurung princess ini.

Hasil Sulaman Motif Bunga Semarak Api.

Rekaan Baju Kurung Princess Bersulam.

Daripada segi motif yang digunakan, kami menggunakan motif bunga semarak api. Motif ini juga jarang-jarang dihasilkan kerana pelanggan inginkan motif yang dipilih mereka. Sebaliknya, pada kali ini, saya diberi kepercayaan untuk menghasilkan apa jua corak, asalkan ia cantik. Sebab itulah, pemilihan motif bunga semarak apai ini dihasilkan agar ia menggambarkan kecintaan saya pada hasil bumi negara kita.

Menghasilkan Sulam Setebal 4 Inci.

Ketebalan Sulam.

Daripada segi ketebalan sulaman kerawangnya pula, ia dihasilkan masih dalam kategori sederhana iaitu 4 inci. Namun, bentuk ketebalan sulaman kerawang kali ini, sedikit unik disebabkan ia membukit di bahagian kiri dan kanan bawah baju. Ini memberi kelainan daripada sulaman-sulaman kami terdahulu yang dibuat secara membukit yang tertumpu pada bahagian tengah baju sebagai puncak.

Motif Sulur Bergulung.

Motif Sulur Sulam.

Selain itu, elemen sulur yang bergulung-gulung seakan pohon kekacang sebenarnya menampakkan ciri-ciri sebenar bunga semarak api yang mempunyai sesungut yang bergulung. Sebab itulah sulur-sulur bergulung ini dihasilkan agar ia menampakkan seperti motif sebenar bunga semarak api.

Motif Kerawang Cakar Ayam Untuk Hasil Klasik.

Motif Kerawang.

Malah, kerawang yang menjadi pilihan untuk sulaman pada kali ini adalah kerawang cakar ayam. Ia bertujuan agar elemen klasik diterapkan dalam hasil sulaman baju kurung princess pada kali ini.

Penggunaan Warna Perak.

Warna Benang Sulam.

Oleh sebab latar belakang fabriknya hitam, warna perak telah digunakan dalam menghasilkan sulaman ini. Agar ia nampak klasik dan tradisi. Dengan ini, design sulaman kerawang akan nampak lebih sedap mata memandang kerana dihiasi dengan warna-warna yang senada dengan warna perak. Warna-warna ini merupakan warna komplimentari yang harmoni supaya hasil sulaman kerawang nampak berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Penggunaan Teknik Sulam Ayak.

Teknik Ayak Sulam.

Teknik-teknik seperti Teknik satin bukaan zig zag telah digunakan secara meluas agar hasil sulaman nampak lebih timbul. Dan Teknik layangan juga digunakan agar menampakkan jelas tona-tona warna yang digunakan walaupun ia senada. Sebab itulah kepelbagaian Teknik sulaman telah digunakan untuk menghasilkan sulaman yang lebih menarik dan timbul.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Kurung Princess Dari Milwaukee, USA.

Jadi, rekaan motif yang jarang dihasilkan ini kadang-kadang akan memberi nafas baru pada rekaan sulaman kerawang. Selain itu juga, ia dapat menjadikan hasil sulaman kerawang ini sebagai medan untuk kami berkarya bagi mengetengahkan lagi ciri-ciri dan budaya masyarakat tempatan.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Princess.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Princess.

Baju Kurung Princess Sulaman Kerawang Bunga Semarak Api.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Princess Sulaman Kerawang Bunga Semarak Api yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Milwaukee, USA pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga semarak api pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Princess Sulaman Kerawang Bunga Semarak Api yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461