Project Description

Baju Kurung Tradisional Sulam Ayak Bunga Safron.

Berikut adalah hasil rekaan sulam baju kurung tradisional sulam ayak. Motif sulam ayak kali ini ialah Bunga Safron. Baju kurung tradisional sulam ayak ini telah dihasilkan untuk tempahan busana pelanggan butik sulaman kami.

Baju Kurung Tradisional Sulam Ayak Bunga Safron
Follow Us On Instagram

Corak Sulam Ayak Bunga Safron.

Tempahan Baju Kurung Tradisional.

Rekaan pada kali ini dihasilkan bermotifkan corak sulaman bunga safron. Bunga safron juga dikenali sebagai koma-koma atau kumkum yang merupakan rempah termahal di dunia. Ia juga digelar ’emas padang pasir’, spice king, spice queen, dan flower of love dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana keunikan bunga safron inilah, maka ia memberi ilham kepada kami untuk menghasilkan sulam ayak kerawang yang bermotifkan bunga safron ini.

Gabungan Ros Bersaiz Kecil.

Tempahan Baju Kurung Tradisional.

Walau bagaimanapun, untuk memperlihatkan supaya ia nampak lebih cantik, ia turut digabungkan dengan bunga ros yang bersaiz kecil. Manakala daun-daunnya pula dihasilkan seperti daun kertas iaitu tidak mempunyai duri dan bergerigi seperti yang terdapat pada bunga ros sebenar.

Baju Kurung Tradisional Dari Fabrik Songket India.

Tempahan Baju Kurung Tradisional.

Adapun dedaun bunga safron ini mempunyai 5-6 kelopak dalam setiap kuntuman bunga dengan gabungan dedaun yang memanjang. Untuk menyulam songket India ini, ia perlu dilakukan dengan teliti. Ini kerana fabrik songket India lembut dan mudah pecah apabila disulam. Jadi, hanya penyulam berpengalaman sahaj yang boleh menghasilkan sulaman pada fabrik ini supaya sulam ayak kerawang yang dihasilkan tidak mencacatkan fabrik songket India ini.

Gabungan Kerawang Lebah dan Segitiga.

Tempahan Baju Kurung Tradisional.

Selain itu, gabungan kerawang lebah dan segitiga dilakukan dalam motif kerawang pada baju kurung tradisional kali ini. Jika diperhatikan di bahagian tangan, kerawang segitiga telah dihasilkan di tengah-tengah kedudukan lengan baju. Manakala kerawang lebah pula dihasilkan di bahagian tepinya pula. Begitu juga di bahagian bawah baju. Di mana kerawang lebah dan segitiga ini telah dihasilkan secara berselang-seli supaya ia nampak lebih menarik.

Bentuk Pucuk Rebung.

Tempahan Baju Kurung Tradisional.

Selain itu, bentuk seperti pucuk rebung yang kecil telah dihasilkan supaya hasil sulaman kerawang ini nampak lebih menyerlah. Malah jika dilihat hasilnya ia seperti dihasilkan secara berkelompok dengan satu kelompok yang lain. Inilah uniknya rekaan corak sulam ayak kerawang yang dihasilkan pada kali ini dengan motif bunga safron.

Sesuai Dengan Usia Pemakai.

Tempahan Baju Kurung Tradisional.

Secara keseluruhannya, sulam ayak kerawang ini sangat memenuhi citarasa pelanggan yang inginkan penampilan eksklusif dan manis dipandang mata.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Kurung Tradisional.

Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kerawang kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Tempahan Sulam Ayak Kerawang Terkini.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung tradisional sulam ayak kerawang bunga safron yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman bunga safron ini.

Jika anda berminat dengan corak sulaman bunga safron yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461