Sulaman Kerawang Busana Kebaya.
Tempahan Kebaya Bersulam Seri Kembangan, Selangor.
Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan khas untuk pelanggan dari Seri Kembangan, Selangor. Sulaman kerawang dihasilkan pada baju kebaya dengan tebal sulamnya di bahagian tangan dan biku di bahagian keliling baju kebaya tersebut. Corak yang diminta oleh pelanggan pada kali ini adalah motif bunga lily clara.
Motif Lily Clara Menjadi Pilihan Penempah Sulam.
Rekaan Kebaya Bersulam.
Motif-motif ini unik dan jarang-jarang dihasilkan kami. Ia selalunya dihasilkan mengikut permintaan pelanggan sahaja. Bagi mereka yang inginkan sulaman dengan motif yang lebih moden, maka motif bunga lily clara ini antara motif yang sesuai dan boleh dijadikan pilihan anda.
Ketebalan Sulam Goyang Kerawang Yang Dihasilkan.
Ketebalan Sulam Pada Busana Kebaya.
Dari segi ketebalan sulaman pula, ia dapat dilihat pada bahagian tangan baju. Ini kerana ia adalah mengikut permintaan pelanggan yang inginkan sudut-sudut tertentu agar penampilannya lebih menyerlah, walaupun minimalis. Oleh itu, di bahagian tangan kebaya, disulam setinggi 4 inci yang dibuat berbentuk pucuk rebung agar tangan si pemakai nampak lebih tirus.
Corak Sulur Menyerupai Batang Lily Clara Yang Melentur.
Motif Sulur Busana Kebaya.
Jika dilihat daripada bunga semulajadinya, lily clara ini tidak mempunyai sulur-sulur yang bergulung-gulung dan meliuk-liuk. Sebaliknya, ia dijadikan berbentuk lurus sahaja dan mempunyai batang yang lembut. Dari konsep itulah, sulur-sulur dihasilkan menyerupai batang-batang bunga lily yang lembut seperti boleh dilentur.
Motif Kerawang Pagar Tampak Lebih Tradisi.
Motif Kerawang Sulam.
Oleh kerana kebaya sinonim dengan baju tradisi negara kita, corak kerawang yang dihasilkan juga menggambarkan kerawang yang klasik iaitu kerawang pagar. Oleh itu, kerawang pagar ini dihasilkan pada keseluruhan kebaya iaitu di bahagian tangan, kelepet atau lidah baju dan juga di keliling bawah baju kebaya.
Menghasilkan Warna Sulam Yang Timbul Tetapi Senada Dengan Warna Fabrik.
Pemilihan Warna Sulam.
Dari segi pemilihan warna benangnya pula, pelanggan inginkan warna yang timbul tetapi senada dengan warna baju kebaya yang sedikit gelap latar kainnya. Justeru, kombinasi warna-warna harmoni dan lebih cerah bersama warna pastel digabungkan pada corak sulaman kebaya ini. Ia bertujuan menjadikan busana tersebut cantik pada setiap mata yang memandang.
Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.
Teknik Sulam Ayak Goyang.
Teknik sulam ayak yang digunakan pula adalah tertumpu pada Teknik zig zag kerana ia akan menampakkan lagi bentuk motif bunga lily clara ini menjadi timbul. Dengan ini, bentuk lily clara akan dapat dilihat sepertimana lukisan yang cantik dihasilkan pada busana kebaya ini.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, busana kebaya polos yang berlatarkan warna gelap ini menjadi cantik apabila dihiasi dengan sulaman yang minimalis dan juga gabungan warna yang harmoni menjadikan kebaya ini kelihatan berada di kelasnya yang tersendiri dengan rekaan yang minimalis.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Busana Kebaya Dari Seri Kembangan, Selangor.
Jadi, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Busana Kebaya.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Busana Kebaya.
Busana Kebaya Sulaman Kerawang Motif Bunga Lilly Clara Dengan Kerawang Pagar.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Busana Kebaya Sulaman Kerawang Motif Bunga Lilly Clara Dengan Kerawang Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Seri Kembangan, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga lily clara dengan kerawang pagar pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Busana Kebaya Sulaman Kerawang Motif Bunga Lilly Clara Dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
@butik.sriclassic Busana Kebaya Sulaman Kerawang Motif Bunga Lilly Clara Dengan Kerawang Pagar #butiksriclassic #kebaya #pengantinbaru ? original sound – butiksriclassic
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461