Corak Sulam Ayak Bunga Kenanga & Bunga Sakura – Baju Kurung Pahang.

Berikut adalah foto bergambar corak sulam ayak bunga kenanga dan bunga sakura kurung Pahang yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami.

Thumbnail Corak Sulam Ayak Bunga Kenanga Baju Kurung Pahang

Corak Sulam Ayak Bunga Pada Kurung Pahang.

Corak sulam ayak bunga kali ini menggabungkan 2 jenis bunga. Di mana kami menghasilkan sulam bunga sakura dan juga bunga kenanga. Bunga kenanga dilukis pada pandangan sisi manakala bunga sakura dilukis pada pandangan atas iaitu sekuntum. Gabungan bunga ini dihasilkan bagi memberi keharmonian dengan motif latar yang ada pada fabrik tersebut. Sebab itulah, gabungan motif bunga ini sahaja yang dapat mencantikkan busana kurung Pahang kali ini.

Motif Daun Paku Pakis.

Selain itu juga, motif daun yang bercorak paku pakis dihasilkan agar ia sesuai dengan latar belakang yang mempunyai corak bergulung-gulung seperti keadaan sebenar pucuk paku pakis yang menggulung. Sebab itulah motif daun paku pakis ini direka untuk sulaman ayak kerawang pada kali ini.

Penggunaan 5 Benang Warna Harmoni.

Bagi menghasilkan sesuatu rekaan yang cantik pada fabrik yang berlatarkan warna oren, kombinasi warna yang harmoni digunakan. Di mana, kami menggunakan warna benang oren, kuning muda, hijau epal, maroon dan juga kelabu. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi corak dan warna sulaman ayak kerawang ini.

Penggunaan Warna Tidak Dominan.

Dengan menggabungkan warna-warna di atas, ia telah menjadikan rekaan sulaman ayak kerawang ini nampak menarik. Tiada satu pun warna di atas yang menjadikannya janggal. Malah tiada satu pun warna yang dominan digunakan secara menyeluruh agar sulaman kerawang ini nampak lebih harmoni.

Tebuk Kerawang Lebah.

Malah, tebuk kerawang yang menjadi pilihan dan lebih kemas ialah kerawang sarang lebh. Penggunaan warna kelabu menjadikannya nampak lebih cantik. Sekiranya tebuk kerawang ini menggunakan warna oren, maka ia akan nampak tenggelam kerana warna dasar fabrik kurung Pahang ini juga oren.

Bentuk Segitiga Atau Menaik.

Bentuk kerawang seperti segitiga atau pucuk rebung ini amat sesuai kerana sulaman kerawang kali ini dihasilkan dengan corak yang menaik. Ia kelihatan lebih mewah apabila dihasilkan pada bahagian tangan baju. Biarpun ketebalannya hanya dalam 3.5 inci sahaja.

Sulam Tebal Di Bahagian Tangan.

Biasanya corak yang membukit seperti pucuk rebung ini dihasilkan bagi mereka yang inginkan sulaman ayak nampak penuh di bahagian tangan berbanding dengan sulaman yang dihasilkan pada keliling bawah baju. Apabila sulaman tebal dihasilkan di bahagian tangan, maka selalunya sulaman ayak kerawang yang dihasilkan dibahagian bawah baju pula tidak terlalu tebal ataupun hanya biku-biku kecil sahaja.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada citarasa pelanggan. Sama ada inginkan sulaman tebal pada keseluruhan busana ataupun hanya tebal di satu bahagian busana sahaja. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Tempahan Sulam Ayak Kerawang Terkini.

Itulah sajian foto bergambar corak sulam ayak bunga kenanga dan bunga sakura yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman ayak pada kali ini.

Jika anda berminat dengan corak sulam ayak bunga kenanga dan sakura yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kurung Pahang Sulam Corak Bunga Kenanga & Bunga Sakura

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461