Baju Kurung Pahang Sulam Kerawang Bunga Keembung.

Berikut adalah hasil rekaan corak sulam ayak kerawang bunga keembung baju kurung pahang untuk pelanggan butik sulaman kami.

Corak Sulam Ayak Kerawang Bunga Keembung Baju Kurung Pahang

Baju Kurung Pahang Bersulam Ayak.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Pada kali ini sulaman kerawang dihasilkan masih lagi pada baju kurung Pahang ataupun baju kurung pesak gantung. Dengan ini, di bahagian bawah baju ini kelihatan sedikit kembang. Dan ini membezakan kurung tradisi ataupun teluk belanga dengan baju kurung Pahang ataupun pesak gantung.

Menyulam Pada Fabrik Polos.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Baju kurung ini masih menggunakan fabrik polos yang berwarna hitam. Ia merupakan fabrik seakan-akan fabrik sb line cotton dan juga shantung silk fabrik. Ini kerana fabriknya sedikit keras seperti kapas, berkilat dan mempunyai jalur-jalur menegak pada fabrik. Walau bagaimanapun, fabrik ini tidak mudah pecah ataupun rapuh serta memeri. Disebabkan sifat inilah, ia membolehkan sulaman kerawang disulam padanya dengan kemas dan cantik.

Corak Sulaman Bunga Keembung.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Jika diamati, reka bentuk corak yang dihasilkan pada kali ini bermotifkan bunga keembung. Secara peribadi, butik kami jarang mengetengahkan motif bunga keembung ini kerana designnya tidaklah serumit sepertimana corak rekaan bunga yang mempunyai banyak kelopak seperti bunga bakung desa. Walau bagaimanapun, kami menggunakan daun seakan-akan daun bunga keembung yang sedikit bergerigi. Ia berbeza dengan rekaan sulaman ayak yang sebelumnya ini yang lebih banyak menggunakan daun dan juga sulur kekacang. Inilah yang memberikan kelainan rekaan sulaman ayak kerrawang untuk fabrik kali ini.

Corak Bunga Membulat.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Apa yang jelas dilihat ialah terdapat kuntuman bunga keembung yang dilukis sedikit membulat menyamai kudup bunga keembung yang sebenarnya. Apabila menggunakan fabrik polos ini, ia dapat memberikan sepenuhnya kepada pihak kami untuk mereka dan mewarnai corak sulaman kali ini. Ini kerana ia tidak terikat dengan warna-warna yang perlu diikuti sebagaimana menyulam kerawang pada fabrik yang bercorak. Sebab itulah, kami nyatakan tadi bahawa ia lebih senang untuk disulam kerana memberi kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk menggunakan pelbagai jenis kategori warna seperti natural, split complimentary, triadic dan sebagainya.

Teknik Bukaan Zig-Zag.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Begitu juga dengan teknik-teknik sulaman kerawang yang digunakan pada motif bunga keembung ini lebih kepada teknik bukaan zig zag untuk keseluruhan coraknya. Teknik cincang hanya dibuat pada bahagian tengah sahaja tetapi ia dibuat secara padat supaya nampak lebih mudah. Apabila zig zag digunakan sepenuhnya, ia akan mempercepatkan penghasilan sulaman kerawang. Ini kerana teknik bukaan zig zag akan membuatkan sulaman Nampak lebih timbul seakan-akan seperti dimasukkan mempulur ke atasnya.

8 Inci Saiz Ketebalan Sulam.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Namun, apa yang menarik pada rekaan kali ini ialah, saiz ketebalan sulam ini adalah 8 inci. Ia cukup eksklusif dan gah apabila disarungkan nanti. 8 inci ini dihasilkan pada keliling baju dan juga pada bahagian tangan baju kurung pahang.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Kurung Pahang Sulam.

Jelas corak sulaman ayak kerawang 1 design untuk 1 fabrik ini menjadikan identiti kami Butik Sulaman Sri Classic berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulam Ayak Kerawang Bunga Keembung.

Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar corak sulam ayak kerawang bunga keembung baju kurung pahang yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam ayak pada kali ini.

Jika anda berminat dengan corak sulam ayak kerawang bunga keembung baju kurung pahang di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461