Corak Sulam Baju Kurung Pahang Motif Bunga Mawar Desa

Berikut adalah hasil corak sulam baju kurung pahang dengan motif bunga wawar desa kerawang buih besar dan kecil untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Corak Sulam Baju Kurung Pahang Bunga Mawar Desa

Corak Sulam Baju Kurung Pahang Bunga Mawar Desa.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Mawar desa ataupun ros kampung terkenal dengan kelopak yang padat, banyak dan berbau harum. Ia sangat wangi berbanding bunga ros atau mawar di pasaran. Itulah menjadi sumber ilham untuk dihasilkan pada baju kurung Pahang kali ini. Uniknya, pada design sulaman kerawang motif bunga mawar desa ini hanya dihasilkan pada bahagian lengan baju setinggi 10 inci. Jika dianggarkan tingginya mencecah siku baju si pemakai.

Kuntuman Bunga Disusun Meruncing.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Selain itu, kuntuman-kuntuman bunga mawar desa ini disusun sedikit meruncing eperti bukit. Ini kerana ia direka membentuk seperti pucuk rebung agar hasil sulaman kerawang ini nampak lebih mewah dan eksklusif apabila dipakainya nanti.

penggunaan Warna Benang Terang.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Oleh kerana latar belakang busana ini mempunyai warna cream, maka warna benang yang sesuai digunakan ialah warna-warna terang agar hasil sulaman kerawang ini nampak lebih menyerlah. Sebab itulah warna hijau pucuk pisang, kuning, peach, merah dan unggu digunakan untuk mencantikkan rekaan sulaman kerawang pada kali ini.

Motif Kerawang Buih Besar dan Kecil.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Malahan, turut mempengaruhi hasil sulaman kerawang ini ialah penggunaan motif kerawang buih besar dan kecil. Motif kerawang buih besar dan kecil ini disusun cantik di celahan rekaan bunga-bungaan mawar desa dan sulurnya. Daunnya yang sedikit lebar memberikan hasil natural pada motif bunga mawar desa ini.

Menyulam Ayak Dengan Bukaan Zig Zag.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Walaupun secara keseluruhannya, bukaan zig zag digunakan ketika menyulam ayak sulaman kali ini, namun ia diserikan dengan Teknik cincang padu yang menghiasi setiap urat-urat mawar desa mahupun daunnya. Inilah yang menjadikan rekaan sulaman kerawang bunga desa ini timbul dan menyerlah.

Penggunaan Warna Hijau Epal.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Latar belakang kerawang yang berwarna hijau epal ini telah menghasilkan sulaman kerawang yang lebih nampak timbul. Jika dilihat penggunaan warna hijau epal merupakan warna yang paling sedikit pada fabrik. Dengan memperbanyakkan warna hijau epal ini di dalam hasil sulaman kerawang pada kali ini, ia memberikan sentuhan yang cukup kontra berbanding dengan warna latar cream fabrik.

Kerawang Setebal 10 Inci.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Walaupun hasil sulaman kerawang ini disulam setebal 10 inci, tetapi ia nampak harmoni dan tidak sarat pada bahagian lengan dan pemakai. Ia nampak lebih natural kerana reka bentuknya dihasilkan membentuk pucuk rebung iaitu 3 segi. Ini kerana ia direka meruncing ke atas seolah-olah menampakkan design tangan runcing dan tirus.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaa dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan corak sulaman kerawang baju kurung pahang Butik Sulaman Sri Classic  pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang Corak Bunga Mawar Desa.

Corak Sulaman Kerawang Terkini Butik Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar tempahan sulam baju kurung pahang corak bunga mawar desa yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman ayak kerawang pada kali ini.

Jika anda berminat dengan corak sulam baju kurung pahang di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461