Corak Sulam Bunga Carnation Baju Kurung Tradisional.

Berikut adalah hasil rekaan corak sulam bunga carnation baju kurung tradisional untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Corak Sulam Bunga Carnation Baju Kurung Tradisional

Baju Kurung Tradisional Sulam Bunga Carnation.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Corak sulam kerawang kali ini masih mengekalkan kerawang pada baju kurung tradisional. Baju kurung tradisional ini bukan sekadar baju yang selesa dipakai, malah ia tidak lapuk dek usia. Sebab itulah baju kurung tradisional menjadi pilihan kebanyakan warga tempatan.

Motif Corak Sulam Bunga Carnation.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Corak sulam baju kurung tradisional kali ini mengetengahkan motif bunga carnation dengan gabungan pelbagai bunga-bungaan, daun serta sulur. Walaupun ia nampak bercampur aduk sedikit tetapi ia berjaya menampilkan gaya yang lebih tropikal. Ini kerana elemen paku pakis menjadikan rekaan sulaman kerawang kali ini tampak lebih tropika.

Hujung Lengan Baju & Keliling Bawah Baju.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Sulam kerawang ini dihasilkan pada hujung lengan baju dan juga pada hujung keliling bawah baju. Ketebalan sulam kerawang pada kali ini ialah 4 inci. Namun, corak paku pakisnya memperlihatkan ia tinggi lebih daripada 4 inci.

Corak Sulam Di Bahagian Hujung Tangan Baju Kebaya.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Selain daripada motif paku pakis, terdapat juga daun yang dilukis bulat dan bersaiz besar iaitu daun keladi. Ini kerana daun keladi, mempunyai bentuk membulat dan bersaiz besar daripada saiz daun-daun biasa. Sebab itulah dijelaskan di bahagian atas, coraknya lebih berbentuk tropika kerana elemen yang digunakan tidak sama saiz dan bentuknya. Hal ini kerana bunga carnation biasanya berdaun memanjang tetapi ia dilukis di sisi agar corak kerawang kali ini lain daripada corak-corak sebelumnya.

Motif Kerawang Sarang Lebah.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Namun begitu, kerawang yang dihasilkan masih sama iaitu kerawang sarang lebah yang dilihat tersusun cantik. Ini kerana hasil sulaman tidak akan berserabut kerana dihiasi dengan kerawang yang teratur. Jika ia menggunakan kerawang yang memanjang dan bergerigi, pastinya corak sulaman kerawang ini tidak begitu menarik kerana susunan dan penggunaan motif bunga serta daun yang disusun secara bebas.

Warna Cerah Untuk Daun.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Selain itu, penggunaan warna cerah pada daun telah menjadikan corak sulaman kerawang ini cantik. Ini kerana latar baju ini berwarna gelap. Sekiranya warna daunnya gelap, ia tidak akan dapat menjadikan daun-daun tersebut timbul. Dengan adanya warna hijau epal yang cerah ini, ia berjaya menaikkan seri bagi keseluruhan motif sulaman kerawang pada kali ini.

Warna Kontra Untuk Mood Ceria.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Walaupun penggunaan warna-warna yang kontra digunakan, ia dilakukan secara harmoni. Ini kerana elemen triadic digunakan yang merupakan penggunaan warna yang kontra tetapi harmoni. Dengan ini, pastinya pemakai baju kurung tradisional ini akan lebih menyerlah dengan mood ceria berbanding jika warna senada yang digunakan untuk keseluruhan motif sulaman kerawang ini.

Penghasilan Sulaman Kerawang.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Oleh itu, setiap faktor banyak memberi pengaruh dalam menghasilkan sulaman kerawang yang cantik sekaligus mempengaruhi penampilan si pemakai.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan corak sulaman kerawang baju kurung tradisional Butik Sulaman Sri Classic  pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulam Bunga Carnation Baju Kurung Tradisional.

Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung tradisional sulam kerawang corak bunga carnation yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam ayak pada kali ini.

Jika anda berminat dengan baju kurung tradisional sulam kerawang corak bunga-bungaan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461