Corak Sulam Bunga Kecubung Biru Baju Kurung Tradisional.

Berikut adalah hasil rekaan corak sulam bunga kecubung biru baju kurung tradisional untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Corak Sulam Bunga Kecubung Biru Baju Kurung Tradisional

Corak Sulam Bunga Kecubung Biru Baju Kurung Tradisional.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Pada kali ini, corak sulaman kerawang yang dihasilkan pada baju kurung tradisional ini adalah bermotifkan bunga kecubung biru. Sulaman kerawang kali ini dihasilkan pada hujung lengan dan juga keliling labuh baju. Ia dihasilkan setebal 4 inci mengikut citarasa penempah.

Motif Bunga Kecubung Biru.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Motif sulam yang ditampilkan pada kali ini ialah bunga kecubung biru dengan kerawang sarang lebah. Bunga kecubung ini merupakan motif yang biasa digunakan kerana ia mudah untuk dilukis. Ia mempunyai 5 kelopak dan sedikit membulat.

Sulaman Dengan Warna Kontra Harmoni.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Berlatarkan fabrik polos, sulaman yang dihasilkan timbul dan menyerlah walaupun menggunakan elemen warna-warna kontra yang harmoni. Malah, bingkai bunga yang dihasilkan dengan penggunaan warna hitam ini menampakkan hasil sulaman bunga kecubung seperti berbayang. Ia nampak seperti 3D atau timbul pada bayangan hitamnya.

Ketebalan Sulaman 4 Inci.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Jika dilihat, sulaman kerawang kali ini, tidaklah terlalu tebal dan tidaklah terlalu nipis. 4 inci yang menjadikan sulaman kerawang di bahagian hujung lengan baju dan keliling bawah bajunya lebih berseri. Mana tidaknya, jika dilihat sulamannya tidak dihasilkan secara mendatar dengan susunan bunga yang berjarak. Sebaliknya, susunan bunga kecubung ini disusun secara berkelompok dan mempunyai lengkuk seperti alur sungai. Sebab itulah ia dilihat mempunyai kedudukan tinggi dan rendah pada sesuatu kelopak bunga kecubung yang dihasilkan.

Penggunaan Motif Kerawang Lebah.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Pemilihan kerawang lebah yang lebih tersusun menyebabkan hasil sulaman kerawang bunga kecubung ini kemas dn berkualiti. Penghasilan kerawang yang tersusun kecil menampakkan kualiti bunga serta kepakaransi penyulam dalam menghasilkan sulaman ayak kerawang ini.

Berjaya Menaikkan Seri Baju Polos.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Walaupun ia hanya dihasilkan pada baju kurung tradisional, namun sulaman kerawang ini telah berjaya menaikkan seri baju kurung tradisional ini. Inilah yang mengubah sesuatu busana tradisi agar tidak hanya kosong sahaja. Dengan menambahkan aksesori seperti sulaman kerawang ini, ia mampun menaikkan seri baju ini.

Corak Sulam Dihasilkan Secara Keliling.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Malah, corak sulaman kerawang yang dihasilkan secara keliling, menampakkan hasil rekaannya lebih mewah. Ia tidak seperti hasil sulaman yang dibuat tertumpu di bahagian hadapan baju sahaja. Itulah corak sulaman kerawang motif bunga kecubung biru yang telah menyerikan baju kurung tradisional polos yang berwarna merah jambu ini.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Ayak Baju Kurung Tradisional.

Jadi, terdapat pelbagai corak sulaman kerawang Butik Sulaman Sri Classic. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam-penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulam Bunga Kecubung Biru Baju Kurung Tradisional.

Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar corak sulam bunga kecubung biru baju kurung tradisional yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman kerawang pada kali ini.

Jika anda berminat dengan corak sulam bunga kecubung biru di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461