Rekaan Corak Sulaman Kerawang Terkini Sri Classic

Corak Sulam Bunga Melur, Kerawang Lebah dan Sulur Pakis.

Corak sulam bunga melur merupakan hasil rekaan sulaman ayak kami pada kali ini. Di mana, rekaan sulaman kerawang yang dihasilkan kali ini membawa motif flora atau motif bungaan. Corak Bunga Melur menjadi motif flora untuk rekaan sulaman kami pada kali ini. Manakala, kami menggabungkan corak sulam ini dengan kerawang lebah yang disulam kemas bersama dengan sulur pakis.  Untuk pengetahuan anda, rekaan sulam kerawang kali ini dihasilkan untuk  tempahan pelanggan butik kami.
Di sini, kami menggunakan teknik bukaan zig-zag pada bunga sulam yang dihasilkan. Jika anda amati dengan teliti pada debunga bunga melur kali ini, bukaan zig zag digunakan. Dengan bukaan zig-zag pada debunga bunga melur ini, ia dapat menjadikannya lebih hidup dan bermaya. Malah, hasilnya sulam juga  tampak kelihatan kemas.
Untuk sulur pakis di celahan bunga melur ini, kami menyusunnya di celahan bungaan. Proses gabungan ini dilakukan berdasarkan kreativiti pihak kami untuk menghasilkan rekaan sulaman ayak kerawang yang lebih unik dan menarik.
Akhirnya, kami menggunakan motif kerawang lebah pada tebukan sulam kali ini. Mengapa tebukan bunga lebah lagi? Ini kerana kebanyakan pelanggan kami lebih berminat dengan kerawang lebah ini kerana designnya lebih tersusun cantik dan kemas. Serta tebuk kerawang yang dihasilkan lebih halus dan kecil.
Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Corak Sulam Bunga Melur Kerawang Lebah

Ingin Menempah Sulaman Kerawang?

Hubungi Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461

Tempahan Sulam Kerawang Terkini.

Berikut adalah foto bergambar corak sulam bunga melur berkerawang lebah dengan sulur pakis yang dihasilkan pada tempahan baju kurung pahang untuk pelanggan butik sulaman kami. Jika anda sudah bersedia, sila lihat bahagian di bawah untuk melihat Corak Sulam Bunga Melur ini dengan lebih jelas.

Corak Sulam Bunga Melur

Jika anda berminat dengan design Corak Sulam Bunga Melur Berkerawang Lebah yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.