Corak Sulam Bunga Ros – Jubah Cutting A.

Berikut adalah foto bergambar corak sulam bunga ros kerawang lebah yang telah dihasilkan pada tempahan jubah cutting A untuk pelanggan butik sulaman kami.

Thumbnail Corak Sulam Bunga Ros Kerawang Lebah.

Corak Sulam Bunga Ros Kerawang Lebah.

Pada kali ini, sulaman kerawang yang dihasilkan adalah corak sulam bunga ros. Ia disulam pada bahagian tangan jubah. Manakala ketebalan sulaman kerawang yang menjadi pilihan pelanggan kali ini adalah setebal 6 inci lebih.

Corak Merayap Ke Atas.

Atas permintaan pelanggan, sulaman yang dihasilkan perlulah mempunyai corak yang merayap-rayap ke atas. Kesannya, corak sulam bunga ros dihasilkan dengan digabungkan bersama sulur kekacang yang meliang-liuk. Bukan sahaja bunga ros mekar dan kudup ros, malah motifnya dilukis dalam pelbagai sisi iaitu di tepi dan juga pandangan atas bunga tersebut.

Rekaan Berbeza.

Dengan ini, ia nampak sedikit berbeza daripda rekaan sulaman kerawang yang dihasilkan sebelum ini. Di mana kebiasaannya, kerawang lebih banyak menggabungkan 2 jenis bungaan yang berlainan bentuk seperti bunga besar dengan bunga kecil.

Gabungan Warna Terang dan Kontra.

Selain itu, penggunaan warna benang yang terang dan kontra daripada warna fabrik, dapat menaikkan seri sulaman kerawang yang dihasilkan. Hal ini disebabkan fabrik jubah yang ingin disulam berwarna gelap iaitu coklat gelap. Maka, dengan menggabungkan warna kuning serta merah hati pada kelopak bunga ros ini, ia menjadikan corak sulam bunga ros ini sepertimana bunga sebenar.

Teknik Bukaan Zig Zag.

Menggunakan sepenuhnya teknik bukaan zig-zag pada kelopak bunga ros, ia berjaya menimbulkan corak sulam bunga ros tersebut. walaupun begitu, bukaan zig-zag yang menggunakan warna merah hati ini, perlulah dihasilkan dengan berhati-hati agar ia tidak menutupi keseluruhan kelopak yang berwarna kuning. Inilah risiko yang perlu diambil oleh seseoarng penyulam sekiranya ingin menghasilkan teknik bukaan zig-zag pada keseluruhan kelopak bunga.

Tebuk Kerawang Motif Sarang Lebah.

Tebuk kerawang motif sarang lebah menjadi pilihan pelanggan kerana ia nampak lebih kemas dan cantik. Bahkan kerawang yang ditebuk di celahan corak sulam bunga ros ini menjadikan rekaan sulaman mesin kali ini tampak lebih eksklusif.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Walaupun sedikit landai, motif sulaman kerawang kali ini masih mengekalkan bentuk pucuk rebung yang dihasilkan nampak membukit. Rekaan sebegini amat cantik jika dihasilkan pada bahagian tangan baju kerana ia akan dapat memenuhi ruangan tangan dengan sempurna. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Tempahan Sulaman Mesin Terkini Butik Sri Classic.

Demikianlah sajian foto bergambar corak sulam bunga ros dengan motif kerawang lebah yang telah dihasilkan pada tempahan busana baju kurung untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam bunga ros ini.

Jika anda berminat dengan design sulam bunga ros yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman mesin yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461