Corak Sulam Ros Jepun – Baju Kurung Moden.
Berikut adalah foto bergambar corak sulam ros Jepun kerawang lebah yang telah dihasilkan pada tempahan baju kurung moden untuk pelanggan butik sulaman kami.
Corak Sulam Ros Jepun Dengan Sulur Paku Pakis.
Motif bunga kali ini amat unik sedikit kerana menggabungkan corak sulam ros Jepun dengan sulur paku pakis. Sebenarnya, bunga ros Jepun ini juga dikenali dengan nama panggilan bunga kembang sepuluh atau bunga kembang lapan. Hal ini disebabkan bunga ini akan mula mengembang di waktu pagi dan akan menguncup pada waktu petang. Namun, dari segi istilahnya, ia dipanggil bunga ros Jepun. Dan inilah motif rekaan sulaman kerawang pada kali ini.
Hasil Rekaan Untuk Baju Kurung Moden.
Itulah bermulanya cetusan minda untuk kami hasilkan motif sulam ros Jepun ini. Pada ketika itu, terdapat pelbagai lakaran bunga ros Jepun yang bermain di benak fikiran. Ada yang mempunyai kelopak seperti carnation, kelopak bunga ros merah, dan juga kelopak bunga pecah 5. Jadi, kelopak yang mempunyai 5 inilah yang menjadi pilihan untuk pihak kami hasilkan sulaman kerawang pada baju kurung moden ini..
Fabrik Polos Untuk Disulam.
Oleh kerana fabrik yang ingin disulam ini adalah polos atau kosong, maka ia menjadi kegemaran pihak kami. Ini kerana pelbagai warna benang sulam boleh digunakan untuk corak sulam ros Jepun dan kerawangnya pada fabrik ini. Jadi, pilihan warna kontra menjadi pilihan kami kerana ia lebih menyerlah. Walaupun warna yang digunakan kontra, namun ia tetap harmoni bilamana kami gabungkan warna ungu biji kundang, pink gelap, kuning, biru gelap dan hijau epal.
Penggunaan Warna Kontra.
Ternyata, penggunaan warna kontra seperti yang disebutkan sebelum ini telah berjaya menaikkan lagi seri corak sulam ros Jepun ini. Terutamanya, bilamana fabrik polos ini berwarna hijau gelap.
Teknik Bukaan Zig Zag.
Pada kali ini, teknik zig zag hanya dihasilkan bersaiz kecil mengikut lukisan motif yang dihasilkan. Ia menggunakan warna biru gelap agar dapat menaikkan sulaman bunga yang menggunakan warna ungu biji kundang ini. Manakala teknik cincang digunakan untuk menghasilkan bunga dan juga sulur paku pakis ini.
Penggunaan Benang Kilat.
Penggunaan benang kilat seperti pelangi ini dapat menaikkan lagi seri sulaman kerawang kali ini. Walau bagaimanapun, tidak semua pelanggan yang gemar dengan corak bunga yang dililit dengan benang kilat ini. Adakalanya, benang kilat ini dapat mematikan motif sulaman ini daripada kelihatan natural menjadi tidak natural.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Motif kerawang sarang lebah dihasilkan nampak tersusun di celahan corak sulam bunga Jepun ini. Secara keseluruhannya, corak sulam bunga kali ini dihasilkan secara membukit. Manakala di bahagian tengah dihasilkan lebih tebal coraknya. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Tempahan Kerawang Terkini Butik Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar corak sulam bunga ros Jepun yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang pada kali ini.
Jika anda berminat dengan corak sulam ros Jepun yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461