Corak Sulam T’Challa Wakanda – Black Panther.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Berikut adalah hasil rekaan corak sulam T’Challa Wakanda Coat yang dihasilkan khas untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Corak Sulam T'Challa Wakanda Coat - Black Panther

Sulam T’Challa Wakanda Untuk Kot Lelaki.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Pada kali ini, rekaan sulaman yang dihasilkan adalah sedikit unik berpandukan pakaian T’Challa Wakanda Coat dalam filem Black Panther pada awal 2018 yang lepas.  Rekaan sulam T’Challa Wakanda Coat ini dihasilkan 100% menggunakan sulam ayak secara tradisional. Hasilnya, kami berjaya menterjemahkan rekaan sulaman ini agar lebih hidup dan bermaya.  Jika anda peminat filem Black Panther, jangan lupa baca info ini seterusnya.

Inspirasi T’Challa Wakanda Coat.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Pada kali ini, sulaman dihasilkan pada hujung lengan baju, kolar tinggi, bahagian hadapan kiri dan kanan badan serta bahagian belakang leher. Corak sulam T’Challa Wakanda Coat ini dihasilkan keseluruhannya menggunakan warna kelabu gelap metallic yang menyamai warna perak gelap. Ia merupakan inspirasi daripada warna sebenar yang digunakan pada kot Raja T’Challa dalam filem Black Panther.

Corak Sulam Hujung Lengan Baju.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Jika dilihat pada hujung lengan baju, corak sulam T’Challa Wakanda ini dihasilkan setinggi 8.5 inci. Bentuk sulaman pula menggunakan bentuk pucuk rebung iaitu meruncing ke atas seperti bentuk tiga segi. Corak sulamannya lebih kepada corak abstrak yang sambung menyambung antara satu sama lain. Namun, jelas kelihatan bulatan dan segi empat yang membentuk diamond di bahagian tengah corak sulaman ini. Teknik yang digunakan adalah teknik bukaan zig zag supaya nampak lebih timbul dengan ketebalan adalah ½ cm. Di bahagian dalam segi empat dan bulatan pula, menggunakan teknik cincang padu supaya ia nampak timbul seperti bukaan zig-zag.

Corak Sulam Di Belakang Leher Baju.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Selain itu, jika dilihat di belakang leher baju, sulaman padu cincang ini dihasilkan setebal 2.5 inci sepertimana baju yang digunakan oleh King T’Challa. Lingkaran bahagian belakang ini mempunyai kesinambungan dengan corak sulam pada bahagian hadapan baju. Sebab itulah ia dihasilkan setebal 2.5 inci.

Corak Sulam Bahagian Hadapan Baju.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Jika dilihat pada bahagian hadapan baju, corak sulam T’Challa Wakanda ini dihasilkan di antara bahagian kiri dan kanannya adalah tidak sama. Cuma penghujung sulamannnya perlulah berada pada titik yang sama. Malahan, jarak dari bahu ke bawah ialah jarak seperti bahu ke bawah pinggang. Di sini, jaraknya adalah 18 inci mengikut jarak bahu ke pinggang penempah kami. Dan bukaan zig-zag merupakan teknik utama yang digunakan ketika menyulam corak ini selain daripada teknik cincang sulam padu.

Corak Sulam Bahagian Tepi.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Di bahagian tepinya pula, kami menggunakan bukaan zig zag halus yang menyamai nombor 8 yang bersambungan. Ia dilihat dihasilkan pada bahagian leher hingga ke bahagian dada depan. Tebal yang dihasilkan pula adalah 1 inci sahaja. Selain itu, lebar di bahagian kanan dan kiri pula masing-masing setebal 6 inci.

Corak Sulam T’Challa Wakanda.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Dengan ini, ia memang nampak menyerupai contoh corak sulam T’Challa Wakanda Coat. Kesimpulannya, setiap bukaan zig-zag yang dihasilkan menampakkan lagi gaya sulaman tersebut benar-benar timbul dan cantik.

Hasil Sulam Eksklusif.

Tempahan Sulam T’Challa Wakanda Coat.

Jadi, corak sulam T’Challa Wakanda ini merupakan corak yang ditiru berdasarkan filem Black Panther. Rekaan sulaman kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulam T’Challa Wakanda Coat – Black Panther.

Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar rekaan sulam T’Challa Wakanda Coat yang dihasilkan untuk tempahan sulaman ayak pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman ayak yang unik pada kali ini.

Jika anda berminat dengan corak sulam T’Challa Wakanda Coat di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461