Corak Sulaman Bunga Ros – Baju Batik Kurung Johor.
Berikut adalah foto bergambar corak sulaman bunga ros dengan kerawang lebah yang telah dihasilkan pada tempahan baju batik kurung Johor untuk pelanggan butik sulaman kami.
Corak Sulaman Bunga Ros Dipadankan Dengan Bunga Baju.
Rekaan pada kali ini dihasilkan bermotifkan corak sulaman bunga ros yang dipadankan dengan corak baju tersebut. Jika dilihat, corak pada baju batik ini adalah bunga ros mekar. Justeru, motif corak sulaman bunga ros yang dibuat adalah bersumberkan bunga batik baju ini. Ia bagi memastikan rekaan sulaman kerawang kami tidak canggung dan sepadan dengan motif busana ini.
Gabungan Ros Bersaiz Kecil.
Walau bagaimanapun, untuk memperlihatkan supaya ia nampak lebih cantik, ia turut digabungkan dengan bunga ros yang bersaiz kecil. Manakala daun-daunnya pula dihasilkan seperti daun kertas iaitu tidak mempunyai duri dan bergerigi seperti yang terdapat pada bunga ros sebenar.
Ketebalan Sederhana.
Ketebalan corak ini menjadi pilihan ramai kerana ia dihasilkan tidak terlalu tebal dan juga tidak terlalu nipis iaitu sekadar 2 hingga 3 inci sahaja. Ini kerana dengan ketebalan begini, ia cukup manis untuk mereka yang inginkan sulam yang sederhana tebal tetapi tetap eksklusif.
Penggunaan Warna Gelap.
Oleh kerana warna busananya lembut dan cerah, maka pihak kami telah menggunakan warna-warna gelap seperti coklat gelap dan juga ungu biji kundang pada busana ini. Ia bertujuan menghasilkan sulaman kerawang yang lebih timbul dan tidak ditenggelami oleh warna fabrik yang lembut. Jika tidak, ia akan nampak senada dan tidak nampak mewah.
Teknik Bukaan Zig Zag.
Dengan menggunakan teknik bukaan zig zag pada kelopak bunga ros dan menggabungkan 2 warna yang berbeza pada lapisan bungaan, ia berjaya menjadikan corak sulaman bunga ros lebih timbul. Ia sama sepertimana penggunaan mempulur.
Sesuai Dengan Usia Pemakai.
Selain itu, untuk nampak lebih kemas, kerawang sarang lebah dihasilkan kerana kerawangnya nampak tersusun satu per satu. Secara keseluruhannya, sulaman kerawang ini sangat memenuhi citarasa pelanggan yang inginkan penampilan eksklusif dan manis dipandang mata.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Tempahan Kerawang Terkini Butik Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar corak sulaman bunga ros yang telah dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman bunga ros ini.
Jika anda berminat dengan corak sulaman bunga ros yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461