Corak Sulaman Kerawang Buih – Bunga Sakura
Pada kali ini, kami ingin tunjukkan kepada anda rekaan terkini motif corak sulaman kerawang buih bunga sakura. Corak sulaman kerawang buih kali ini dihasilkan secara eksklusif dari Butik Sulaman Sri Classic kami. Ia merupakan hasil rekaan yang diingini pelanggan kami pada kali ini. Corak sulaman kerawang buih ini menampilkan tebukan kerawang yang membulat kecil. Ia seakan-akan kerawang lebah. Cuma hasil bingkai di keliling kerawangnya nampak seperti berbuih-buih.
Rekaan terkini motif bungaan kali ini menggunakan motif bunga sakura yang digabungkan dengan corak sulaman kerawang buih. Dan seperti kebiasaannya, kerawang buih ini disulam dalam pelbagai saiz, sama ada besar atau kecil. Ia bertujuan untuk dipadan dan disesuaikan dengan motif bunga sakura ini.
Seperti yang dipaparkan di dalam video di atas dan juga di dalam imej gambar di sebelah, anda dapat melihat bagaimana kelopak bunga sakura ini disulam ayak dan digabungkan dengan sulur yang membentuk seperti pucuk kekacang. Ia menghasilkan satu rekaan yang sangat menarik. Malah pada rekaan sulaman kerawang kali ini, motif kerawang buih disulam kemas pada celahan sulur pucuk kekacang yang telah dihasilkan sebelum ini.
Untuk pengetahuan anda tempahan sulaman kerawang butik kami, menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Ingin Menempah Sulaman Kerawang?
Hubungi Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
Hubungi Kami Sekarang Di 013-9854461Tempahan Kerawang Terkini Butik Sri Classic.
Berikut adalah foto bergambar corak sulaman kerawang buih bunga sakura yang dihasilkan pada tempahan baju kebaya untuk pelanggan butik sulaman kami. Sila lihat bahagian di bawah untuk melihat Corak Sulaman Kerawang Buih Bunga Sakura ini dengan lebih jelas. Gabungan warna benang yang sedikit kontra pada bunga sakura dan pada sulam biku mampu menyerlahkan lagi hasil rekaan ini.
Jika anda suka dan berminat dengan design Corak Sulaman Kerawang Buih Bunga Sakura yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan dan sahabat anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini.