Baju Kebaya Tradisional Sulam Bunga Betik Jantan.

Berikut adalah hasil rekaan corak sulaman kerawang motif bunga jantan yang telah dihasilkan pada kebaya tradisional untuk pelanggan butik sulaman kami.

Thumbnail Corak Sulaman Kerawang Motif Bunga Betik Jantan

Corak Sulaman Kerawang Bunga Betik Jantan.

Baju Kebaya Tradisional.

Corak sulaman kerawang motif bunga betik jantan ini dihasilkan pada kebaya tradisional. Apabila disebut kebaya tradisional, gambaran lidah di hadapan baju dan baju runcing ke hadapan merupakan gambaran fesyen ini. Jadi, pada kali ini, corak sulaman kerawang dihasilkan penuh pada baju dan disulam pada belahan kain belahnya. Ini kerana kebaya tradisional kali ini dipadankan dengan kain belah.

Corak Kerawang Setebal 14 Inci Untuk Kebaya Tradisional.

Baju Kebaya Tradisional.

Selain itu, untuk menampakkan eksklusif pada rekaan kali ini, corak sulaman kerawang dihasilkan tebal iaitu setebal 14 inci di hadapan baju. Malah pada lidah baju kebaya dan juga tangan baju ini turut disulam.

4 Ragam Corak Sulaman.

Baju Kebaya Tradisional.

Jika dilihat dengan teliti, terdapat pelbagai ragam corak sulaman yang dihasilkan iaitu ia disulam secara ulangan pada lidah baju, disulam secara membukit ataupun pucuk rebung pada bahagian tangan, disulam berbentuk “L” di bahagian hujung kain dan disulam berbentuk 3 segi di hadapan baju. Hal ini kerana bentuk-bentuk sulam ini dihasilkan selari dengan fesyen yang dihasilkan.

Motif Bunga Bersaiz Sederhana Besar.

Baju Kebaya Tradisional.

Bukan itu sahaja, motif bunga betik jantan ini dibuat dalam saiz yang sederhana besar agar ia sesuai dengan corak asal fabrik ini yang sedikit sebanyak menyerupai motif betik jantan. Daunnya pula menggunakan daun-daun lebar seperti daun bunga kertas disebabkan bunga betik jantan ini tidak berdaun kecil di bahagian bunganya.

Sulur Yang Membulat Bersaiz Besar.

Baju Kebaya Tradisional.

Adapun di bahagian sulurnya pula, dihasilkan sulur-sulur yang membulat pada saiz yang lebih besar. Ini bertujuan memberi kelainan pada corak sulam kerawang motif bunga betik jantan kali ini.

Warna Hijau Epal Untuk Corak Kerawang.

Baju Kebaya Tradisional.

Walau bagaimanapun, sulaman kerawang ini masih menggunakan kerawang sarang lebah yang kemas dan tersusun. Warna benang hijau epal telah digunakan untuk warna kerawang. Ia bertujuan memberikan impak semulajadi pada corak sulam kerawang keseluruhannya untuk kelihatan lebih mewah.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Baju Kebaya Tradisional.

Jelas corak sulam kerawang 1 design untuk 1 fabrik ini menjadikan identiti kami Butik Sulaman Sri Classic berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulaman Kerawang Baju Kebaya Tradisional Terkini Butik Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar corak sulaman kerawang motif bunga betik jantan yang telah dihasilkan pada tempahan kebaya tradisional untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman bunga betik jantan ini.

Jika anda berminat dengan corak sulaman kerawang motif betik jantan yang dihasilkan pada kebaya tradisional di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461