Corak Sulaman Merak Kerawang Lebah.
Pada kali ini, syida ingin tunjukkan kepada anda rekaan terkini motif corak sulaman merak kerawang lebah dari Butik Sulaman Sri Classic kami. Corak sulaman kerawang kali adalah hasil tempahan untuk pelanggan butik kami. Di mana beliau inginkan design yang unik pada rekaan sulaman kerawangnya. Jadi, setelah memikirkan rekaan yang unik, kami telah sepakat untuk menghasilkan rekaan bermotifkan fauna.
Justeru, rekaan sulaman terkini kali ini adalah bermotifkan fauna iaitu motif haiwan. Corak rekaan kali ini menggunakan motif burung merak yang digabungkan dengan kerawang sarang lebah. Ia menghasilkan design yang lebih unik pada busana.
Malah, bentuknya Syida hasilkan seperti bentuk pucuk rebung iaitu berbentuk seperti segi tiga. Ia disusun bagi menampakkan kelainan dalam penghasilan sulaman kerawang kali ini. Seperti yang dipaparkan, anda dapat melihat bagaimana motif corak sulaman merak ini disulam ayak dan digabungkan dengan ekor yang membentuk seperti paku pakis.
Malah pada rekaan sulaman kerawang kali ini, motif kerawang sarang lebah disulam kemas pada celahan paku pakis yang telah dihasilkan sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Ingin Menempah Sulaman Kerawang?
Hubungi Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
Hubungi Kami Sekarang Di 013-9854461Tempahan Kerawang Terkini Butik Sri Classic.
Berikut adalah foto bergambar corak sulaman kerawang lebah dengan design burung merak yang dihasilkan pada tempahan baju kebaya untuk pelanggan butik sulaman kami. Sila lihat bahagian di bawah untuk melihat Corak Sulaman Merak Kerawang Lebah ini.
Jika anda berminat dengan design Corak Sulaman Merak Kerawang Lebah yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.