Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau Dengan Kerawang Sarang Lebah.

Baju Kurung Riau atau Pahang.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang baju kurung riau dengan kerawang sarang lebah untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Puncak Jalil, Selangor.

Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau

Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau.

Tempahan Sulam Baju Kurung Riau.

Design sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan pada baju kurung Riau atau Pahang. Ia dihasilkan pada bahagian hujung tangan dan keliling labuh baju. Hasil design sulaman kerawang ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang berada di Puncak Jalil, Selangor.

Corak Sulam Mengikut Permintaan Pelanggan.

Tempahan Sulaman Kerawang Dari Puncak Jalil, Selangor.

Memandangkan pelanggan pada kali ini seorang yang tinggi lampai, maka beliau meminta kami hasilkan motif yang sesuai dengan bentuk badannya. Corak sulamannya pula diminta agar bercorak sederhana. Malah, saiz motif sulamnya juga diminta sederhana agar beliau nampak manis apabila menggayakan busana yang bersulam ini.

Motif Sulam Bunga Lily Dengan Daun Lebar.

Tempahan Sulaman Kerawang Dari Puncak Jalil, Selangor

Corak bunga lily ini menjadi motif sulam pilihan pelanggan. Ia dihasilkan dengan bentuk bunga yang sedikit mengembang dengan daunnya yang sedikit melebar. Oleh itu, ketebalan sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan setebal 7 inci.

Olahan Rekaan Berbentuk Pucuk Rebung.

Tempahan Sulam Kerawang Dari Puncak Jalil, Selangor.

Namun, design sulam kali ini diolah dengan rekaan yang berbentuk pucuk rebung dengan jarak yang dekat antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, di bahagian tangan rekaan bentuk pucuk rebung, dilihat sedikit besar kerana ia hanya dihasilkan secara membukit dengan menggunakan motif bunga lily. Tujuannya, apabila ia disarungkan ke tangan, corak ini akan nampak bahagian tangannya meruncing tirus dan kelihatan sangat menarik.

Corak Sulur Awan Larat dan Paku Pakis.

Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Riau.

Untuk corak sulur pada kali ini, kami menggunakan corak sulur yang berbentuk awan larat dan paku pakis. Ini kerana corak sulur digantikan dengan batang bunga lily itu sendiri. Batang bunga lily berbentuk tegak dan panjang. Jadi, ia amat sesuai digantikan dengan motif sulur.

Kerawang Sarang Lebah.

Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Riau.

Selain corak atau motif sulam yang menjadi perhatian setiap sulaman kerawang, corak kerawang turut memainkan peranan untuk menarik minat mata yang memandang. Justeru, kali ini, corak kerawang yang dihasilkan adalah kerawang sarang lebah. Kerawang sarang lebah ini dihasilkan pada celahan motif sulaman bunga lily. Ia disulam pada keseluruhan celahan sulaman kerawang motif bunga lily pada kali ini.

Warna Pink dan Peach Menjadi Pilihan.

Corak Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau.

Pada dasarnya, warna yang menjadi pilihan pada kali ini adalah warna yang ada pada fabrik songket. Ia dipadankan dengan busana polos kurung Pahang ini. Sebab itulah, warna-warna ini menjadi pilihan agar apabila disarungkan oleh pelanggan nanti ia nampak sepadan. Jadi warna pink dan peach telah digabungkan untuk menaikkan seri motif sulam bunga lily ini agar nampak lebih hidup dan bermaya. Anda juga boleh melihat hasil sulam kami pada fabrik tenun.

Padanan Warna Kontra Untuk Hasil Natural.

Warna Corak Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau.

Selain itu, bahagian dalam serta bingkai bunga lily ini pula ditambahkan sedikit dengan warna biru muda. Dengan kombinasi warna-warna ini, bunga lily yang dihasilkan akan nampak lebih natural dan hidup. Adapun warna daun lily ini juga menggunakan warna hijau lumut, cream dan peach untuk menjadikan daun bunga lily ini lebih cantik. Walaupun warna yang menjadi pilihan adalah warna-warna kontra, tetapi ia adalah warna-warna yang harmoni dan warna yang sedia ada pada kain songket ini.

Teknik Sulaman Ayak Yang Diguna Pakai.

Teknik Menyulam Baju Kurung Riau.

Selain penggunaan warna yang sesuai dengan fabrik, Teknik sulaman yang betul juga memainkan peranan utama untuk menjadikan hasil sulaman kerawang nampak lebih halus dan kemas. Bagi menjadikan sulaman nampak lebih timbul, maka teknik zig zag satin digunakan agar setiap motif sulam ini nampak timbul.

Rekaan Sulam Baju Kurung Riau Menarik dan Menyerlah.

Tempahan Sulam Dari Bukit Jalil, Selangor.

Namun, ia harus mempunyai tona yang berbeza dari segi teknik sulam, agar setiap motif yang dihasilkan bukan setakat timbul, malah ia nampak lebih natural. Dengan penggabungan 2 hingga 3 teknik sulaman ayak ini, ia menjadikan hasil sulaman motif bunga lily yang dihasilkan nampak kemas dan cantik.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Dari Bukit Jalil, Selangor.

Jadi, setiap fabrik ataupun busana yang kami terima, biasanya dibuat khas untuk pelanggan secara eksklusif. Ini kerana, pelanggan akan merasa puas dan berbaloi dengan hasil kerja yang halus dan eksklusif ini. Seperti kata pepatah; “alah membeli, menang memakai”.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Sulam Dari Bukit Jalil, Selangor.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau.

Tempahan Sulam Baju Kurung Riau Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam terkini baju kurung riau kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau yang bermotif sulam corak bunga lily di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461