Fesyen Baju Kurung Moden Rekaan Sulam Bunga Jasmine.
Fesyen Baju Kurung Moden 2019.
Fesyen baju kurung moden kali ini menampilkan rekaan sulam bunga jasmine. Bunga jasmine mempunyai pelbagai jenis rupa dan bentuk. Salah satunya, ia mempunyai 5 kelopak. Justeru, pada kali ini, motif bunga jasmine ini dipilih sebagai motif sulam untuk fesyen baju kurung moden kami. Ketebalan sulam pada baju kurung moden ini adalah 8 inci.
Fesyen Lengan Baju Kurung Moden Dengan Sulam Setebal 8 Inci.
Fesyen Lengan Baju Kurung Moden.
Ya, sulam kerawang setebal 8 inci ini dihasilkan di bahagian hujung tangan dan juga di bahagian keliling labuh baju kurung moden ini. Jika dilihat, hasil sulaman kerawang ini lebih nampak tebal ekoran reka bentuk pengulangan yang senada pada corak sulamnya. Di mana tebal sulam keseluruhannya berbentuk 4 segi. Ia menjadikan hasil rekaan sulamnya nampak mewah walaupun sejauh mana memandang. Malah, ia sepadan dengan kurung moden terkini.
Corak Sulur Kekacang Menghiasi Motif Sulam Bunga Jasmine.
Baju Kurung Moden Sulam.
Oleh kerana sulam kerawang yang dihasilkan pada fesyen baju kurung moden ini tebal, jadi sulur yang meliang liuk seperti sulur kekacang ini telah dihasilkan pada sulaman kerawang motif bunga jasmine ini. Di mana, sulur kekacang ini disulam menghiasi motif bunga jasmine ini. Walaupun begitu, rekaan bentuk sulur yang dihasilkan adalah secara menegak ke atas. Manakala saiz sulur yang dihasilkan pula adalah kecil agar ia sesuai dipadankan dengan saiz bunga jasmine yang sederhana hasilnya.
Corak Sulam Daun Pada Fesyen Baju Kurung Moden Menyamai Biji Padi.
Fesyen Kurung Moden Terkini.
Walaupun sulur kekacangnya meliang liuk, namun daun yang menjadi pilihan adalah daun-daun kecil seperti biji padi. Daun disulam timbul dengan 2 tona warna iaitu warna kuning dan hijau epal tua. Gabungan tona warna ini dapat memberi kelainan dalam motif sulam bunga jasmine ini disebabkan oleh pemilihan bentuk daun seperti biji padi. Hal ini kerana daun yang biasa dihasilkan ataupun dipadankan dengan sulur kekacang adalah daun yang berbentuk seperti hati dan memanjang.
Padanan Motif Bunga Dengan Rekaan Daun Bersaiz Kecil.
Fesyen Kurung Moden 2019.
Namun, saiznya adalah sederhana untuk disesuaikan dengan rekaan bunganya. Sebab itulah, motif sulam bunga jasmine ini berbeza dengan motif sulam dan design-design kami yang lain sebelum ini. Ini kerana keunikan motif bunga ini dipadankan dengan reka bentuk daun yang bersaiz kecil.
Gabungan Motif Sulam Kerawang Buih dan Air Mata.
Design Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang.
Untuk corak kerawang pada fesyen baju kurung moden kali ini, kerawang buih dan kerawang air mata telah digabungkan. Malah kerawang air mata telah dihasilkan pada bahagian tangan. Manakala kerawang buih pula, dihasilkan mengelilingi kerawang air mata tersebut. Kerawang air mata direka bergerak ke atas secara seragam. Ia dihasilkan hanya di celahan motif sulaman bunga jasmine ini.
Penggunaan Pelbagai Warna Benang Sulam Harmoni.
Jenis Baju Kurung Moden.
Oleh kerana latar belakang fabrik kali ini adalah warna coklat gelap, maka untuk menaikkan seri sulaman kerawang pada kali ini, warna benang yang digunakan adalah harmoni. Warna benang seperti pink, purple kemerahan, kuning, coklat muda, hijau epal dan juga peach telah digunakan untuk menghasilkan corak sulaman kerawang kurung moden ini. Dengan gabungan warna-warna yang harmoni dalam kategori split komplimentari ini, ia berjaya menyerlahkan hasil sulaman kerawang untuk kurung moden motif jasmine ini. Walaupun begitu, pemilihan warna yang sesuai adalah penting agar setiap hasil sulaman memenuhi citarasa pelanggan dan menarik setelah disulam.
Kaedah dan Teknik Sulam Ayak Tradisional.
Design Baju Kurung Moden.
Berkaitan teknik sulam ayaknya pula, jika dilihat pada bahagian bunga jasmine, teknik yang dihasilkan adalah tekanik sulam dengan bukaan zig zag, satin dan cincang padu. Ia dihasilkan pada keseluruhan bingkai bunga jasmine. Hal ini berjaya menjadikan hasil bunga jasmine nampak timbul kerana teknik sulam satin dihasilkan bersama teknik sulam cincang di setiap kelopak bunga jasmine ini. Begitu juga dengan sulur kekacang. Di mana ia menggunakan teknik sulam cendol yang berjaya menghasilkan bentuk runcing dan kecil di hujung sulur tersebut. Bagi daunnya pula, teknik sulam bukaan zig zag seperti bentuk mata air telah dihasilkan secara berdekatan supaya ia dilihat menyamai bentuk biji padi.
Teknik Sulaman Ayak Kerawang.
Koleksi Baju Kebaya Tradisional.
Untuk menjadikan corak sulaman kerawang ini nampak lebih timbul dan menarik, teknik sulam ayak zig-zag dihasilkan pada keseluruhan design. Malahan bingkai setiap motifnya juga menggunakan teknik ayak zig-zag. Ditambah pula dengan teknik cincang yang dilakukan sebagai urat-urat yang menjadi penyeri motif sulaman pada kali ini. Ia mampu menjadikan setiap hasil sulaman akan nampak lebih bermaya dan hidup.
Rekaan Fesyen Baju Kurung Moden Bersulam Menyerlah.
Baju Kurung Cotton Moden.
Jadi, rekaan fesyen baju kurung moden bersulam ayak pada kali ini nampak lebih menyerlah dengan adanya penggunaan corak bunga besar yang menjadi asas kepada corak keseluruhannya. Kombinasi warna, teknik sulam dan motif sulaman menjadikan hasil sulaman kerawang pada kali ini nampak lebih mewah dan ia sesuai dipakai dalam apa jua majlis-majlis formal mahupun santai.
Fesyen Baju Kurung Moden Terkini.
Baju Kurung Moden Sulam.
Hasil rekaan baju kebaya tradisional sulam ini nampak lebih kontemporari kerana penggunaan warna dan teknik yang berlainan dengan hasil corak sulaman kerawang yang banyak berada dalam pasaran terkini.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Baju Kebaya Tradisonal Sulam.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dengan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kurung moden sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Fesyen Baju Kurung Moden Sulam.
Koleksi Fesyen Baju Kurung Moden Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar baju kurung moden terkini yang disulam dan dihasilkan secara eksklusif untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi kurung moden terkini kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan design fesyen baju kurung moden yang disulam dengan motif corak bunga jasmine di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Penempah Sulam Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461