Kurung Moden Sulam Corak Bunga Orkid Kerawang Lelabah.

Kurung Moden Sulam.

Inilah hasil rekaan untuk tempahan kurung moden sulam corak bunga orkid kerawang lelabah untuk tempahan sulam pelanggan butik kami pada kali ini.

Kurung Moden Sulam Corak Bunga Orkid Kerawang Lelabah - Koleksi Kurung Moden 2019

Kurung Moden Sulam Corak Bunga Orkid Kerawang Lelabah.

Koleksi Kurung Moden Sulam.

Kurung moden sulam pada kali ini menampilkan corak bunga orkid dengan kerawang lelabah. Motif bunga sulam yang dihasilkan ini adalah berdasarkan permintaan pelanggan kami dari Kluang, Johor yang inginkan motif bunga orkid. Ia dihasilkan setebal 8 inci di bahagian hujung tangan dan juga di keliling bawah baju kurung moden ini.

Rekaan Sulam Baju Kurung Moden Meruncing Ke Atas.

Baju Kurung Moden Sulam.

Walau bagaimanapun, ia tidak dihasilkan sekata, sebaliknya pelanggan kami ini menginginkan sulaman kerawang yang dihasilkan dalam bentuk pucuk rebung atau berbentuk runcing seperti 3 segi. Pada kali ini, ketinggian kerawang yang dihasilkan adalah setinggi 6 inci agar keseluruhan sulaman kerawang ini nampak tebal dan mewah. Dengan ini, ia nampak sepadan kerana hasil keseluruhan sulaman kerawang adalah setebal 8 inci.

Motif Sulam Pelbagai Bunga Orkid.

Koleksi Baju Kurung Moden Sulam.

Selain itu juga, jika diperhatikan di dalam rekaan sulam baju kurung moden ini, corak sulaman kerawang ini menggunakan pelbagai motif ataupun pelbagai jenis corak bunga orkid. Ia termasuklah bunga orkid liar yang pada hemah saya, ia lebih cantik dan sesuai. Terdapat 3 bentuk bunga orkid yang direka dengan pelbagai saiz.

Penggunaan Warna Benang Membezakan Bentuk Orkid.

Koleksi Kurung Moden Sulam.

Malah, penggunaan warna juga memainkan peranan dalam membezakan bentuk-bentuk bunga orkid ini. Posisi yang direka seperti dari pandangan hadapan, sisi dan pandangan atas ini, berjaya mencantikkan lagi keseluruhan corak sulaman kerawang pada baju kurung moden ini.

Kombinasi Warna Untuk Corak Sulam Kurung Moden.

Koleksi Kurung Moden Sulam.

Walaupun latar fabrik adalah hijau gelap seperti warna hijau kepala itik, namun, kombinasi warna seperti peach, pink, maroon, emerald green dan juga unggu muda, berjaya menaikkan seri pada keseluruhan hasil sulaman kerawang motif bunga orkid ini. Walaupun ia dilihat agak kontra daripada warna fabrik, namun ia tetap kelihatan sangat harmoni dan menarik. Sebab itulah penggunaan warna yang harmoni amat penting dalam menghasilkan sesuatu rekaan corak sulaman kerawang yang tampak eksklusif. Jika tidak, ia akan nampak hambar dan senada dengan latar belakang fabrik yang sama pada sulaman kerawang.

Motif Kerawang Sarang Labah-Labah.

Koleksi Baju Kurung Moden Sulam.

Dari segi kerawang pula, kali ini kerawang sarang labah-labah menjadi pilihan pelanggan kami. Hal ini kerana ia menjadikan kerawang yang disulam lebih menarik dengan pelbagai bentuk tidak hanya tertumpu pada kerawang buih dan juga sarang lebah sahaja seperti sebelum ini. Susunan kerawang sarang labah-labah pelbagai saiz di celah-celah sulaman bunga orkid ini, berjaya menjadikan hasil sulaman pada baju kurung moden kali ini, nampak lebih cantik dan mewah.

Daun Bunga Dihasilkan Beralun.

Koleksi Baju Kurung Moden Sulam.

Jika dilihat pada asalnya, bunga orkid ini mempunyai daun yang memanjang. Namun, ia diubah sedikit pada hasil sulaman kerawang pada kali ini dengan menghasilkan daun bunga orkid yang sedikit beralun. Malah, kombinasi dengan daun-daun yang sedikit membulat membuatkan hasil sulaman kerawang ini tampak cantik walaupun ia digabungkan dengan dedaun yang bukannya daun asal bunga orkid. Apa yang penting, ia adalah satu bentuk seni yang digabungkan bagi mencantikkan hasil sulaman kerawang motif bunga orkid ini.

Debunga Kecil Sebagai Kudup Orkid Sulam Kurung Moden.

Kebaya Moden Sulam.

Selain itu, terdapat debunga-debunga yang kecil dilihat seperti kudup bunga orkid. Ia dijadikan sebahagian daripada hasil sulaman kerawang pada baju kurung moden ini. Apa yang pasti, pihak pelanggan dari Kluang ini amat berpuas hati dengan hasil sulaman kerawang butik kami yang juga menjadi impiannya untuk memiliki rekaan sulaman kerawang mengikut citarasa dan design pilihannya sendiri. Sebagai peminat sulaman kerawang, beliau teruja menginginkan hasil sulaman kerawang direka khas untuk dirinya sahaja dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Teknik Sulaman Ayak Kerawang.

Koleksi Kurung Moden Sulam.

Sebab itulah, penelitian dalam menghasilkan sulaman kerawang ini penting agar setiap hasilnya memenuhi citarasa pelanggan. Dari segi teknik yang digunakan pula, teknik satin dengan bukaan zig zag menjadi pilihan kami. Hal ini supaya hasil sulaman kerawang ini nampak lebih timbul dan cantik. Namun, teknik layangan juga dilakukan agar terdapat perbezaan tona warna pada sulaman kerawang ini. Ia bertujuan menjadikan hasil sulaman lebih natural dengan adanya kepelbagaian tona pencerahan cahaya pada hasil sulaman baju kebaya moden ini.

Rekaan Baju Kurung Moden Sulam.

Baju Kurung Moden Sulam.

Ya, itulah sebahagian daripada tip yang boleh dikongsikan saya dalam menghasilkan rekaan sulaman kerawang motif bunga orkif ini yang menjadi permintaan ekslusif pelanggan kami dari Kluang, Johor.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Kurung Moden Sulam.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan baju kurung moden sulam corak bunga orkid Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Kurung Moden Sulam.

Koleksi Kurung Moden Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar hasil rekaan kurung moden sulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulaman kerawang pelanggan butik sulam kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman koleksi baju kurung moden kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan design dan rekaan baju kurung moden sulam yang bercorak bunga orkid dan kerawang lelabah di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Kurung Moden Sulam Corak Bunga Orkid Kerawang Lelabah

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461