Tempahan Baju Kebaya Moden Peplum Bersulam Kerawang Untuk Majlis Persandingan.
Tempahan Baju Kebaya Moden Peplum Bersulam.
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang untuk baju kebaya moden peplum dengan motif sulam abstrak Morocco dan kerawang pagar untuk tempahan majlis persandingan bakal pengantin daripada Ampang, Selangor.
Tempahan Baju Kebaya Moden Peplum Bersulam Kerawang.
Tempahan Sulam Ampang, Selangor.
Pada kali ini, tempahan baju kebaya moden peplum bersulam kerawang diminta daripada bakal pengantin dari Ampang, Selangor. Kini sulaman kerawang terus diminati oleh golongan muda setelah diperkenalkan Kembali oleh permaisuri Agong dan juga butik busana perkahwinan Ema Maembong. Terima kasih kerana telah menyemarakkan Kembali seni sulaman kerawang anak tempatan.
Kebaya Moden Peplum Sulam Kerawang Untuk Majlis Persandingan.
Kebaya Moden Majlis Persandingan.
Kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kebaya moden peplum. Kebaya ini dibuat dari fabrik broket. Oleh sebab kebaya moden ini tiada butang di hadapan dan hanya belahan hadapan sahaja dibuat, jadi sulaman kerawang hanya boleh dihasilkan pada bahagian bawah sahaja iaitu selepas bahagian butang hiasan. Ini kerana, apabila ia telah diletakkan butang pada bahagian tersebut, maka bahagian tersebut tidak lagi boleh disulam.
Sulaman Dihasilkan Pada 3 Sudut Baju.
Tempahan Sulam Kebaya Majlis Persandingan.
Jika penempah inginkan sulaman di bahagian tersebut, maka pada awal-awal lagi, butang hiasan tersebut perlulah ditanggalkan. Oleh sebab itu, dapat dilihat bahawa sulaman pada kali ini dihasilkan hanya di bahagian tangan, hadapan baju dan juga keliling baju serta kain sahaja.
Corak Sulam Motif Abstrak Morocco.
Corak Sulam Baju Kebaya Moden Peplum.
Pada kali ini, corak yang dihasilkan adalah corak motif abstrak Morocco. Corak ini menjadi permintaan penempah dari Ampang, Selangor. Apakah bezanya corak Morocco dengan corak-corak yang lain? Ya, sudah tentu corak berunsur Morocco ini tidak hanya tertumpu pada corak geometri sahaja. Sebaliknya, ia digabungkan juga dengan pelepah yang berbulu yang menggambarkan seperti gaya burung unta. Malahan, bunga-bunga delima serta buah tin juga merupakan unsur-unsur yang acap digunakan dalam menggambarkan budaya ataupun unsur corak pengaruh Morocco. Sebab itulah kita lihat, walaupun ia adalah motif abstrak tetapi ia tetap Nampak lebih segar dan lebih moden.
Ketebalan Sulam Kebaya Moden Peplum.
Ketebalan Saiz Sulam Kebaya Moden.
Daripada segi ketebalan sulamnya pula, di bahagian tangan baju kebaya ini hanya dibuat setebal 5 inci. Dan ia dihasilkan dalam bentuk bunga rebung iaitu bentuk membukit. Manakala tinggi di bahagian hadapan baju pula, sulamnya dihasilkan setinggi 14 inci. Corak sulam ini dihasilkan secara menyerong hingga ke tepi baju songket. Manakala di bahagian tepi dan belakang baju pula, sulamnya dihasilkan setebal 13 inci. Jelas di sini, sulaman kerawang yang dihasilkan penuh bermula daripada bahagian hadapan baju songket hingga ke bahagian belakang peplum kebaya ini.
Motif Kerawang Pagar Kebaya Moden Peplum.
Design Sulaman Kerawang Kebaya Moden Peplum.
Jadi, atas permintaan pelanggan ini sendiri yang inginkan kerawang berbentuk pagar dibuat pada sulaman abstrak kebaya peplum ini, maka kami hasilkan kerawang berbentuk pagar seperti permintaan pelanggan dari Ampang, Selangor ini. Ia dapat dilihat, bagaimana kerawang ditebuk pada celahan motif-motif abstrak serta di bahagian hadapan kebaya peplum ini. Ia lebih jelas dilihat kerana warna kerawang yang dihasilkan adalah kontra daripada warna fabrik broket ini.
Motif Sulur Kebaya Moden Peplum.
Corak Sulur Sulam.
Bercakap tentang corak abstrak ini, pastinya sulur yang memainkan peranan penting untuk menyerlahkan motif abstrak ini. Justeru, pelepah-pelepah burung unta ini digabung jalinkan dengan putik-putik delima yang menampakkan seperti bentuk awan larat. Bentuk pelepah-pelapah bulu unta ini menaikkan lagi seri pada keseluruhan motif sulaman baju kebaya peplum pada kali ini.
Padanan Warna Sulam Untuk Fabrik Songket Broket.
Warna Sulam Fabrik Songket.
Daripada segi warna latar belakang fabrik songket ini, ia adalah fabrik broket bercorak berwarna putih. Umunya, terdapat pelbagai jenis warna putih, namun fabrik broket kali ini mempunyai warna putih pearl. Ia sangat cantik dan ditambah lagi dengan kain broket yang berkilat. Justeru, atas permintaan penempah dari Ampang ini, kebaya peplum ini perlulah ditambah dengan warna emas sahaja selain daripada warna latar belakangnya iaitu warna putih pearl.
Penggunaan Warna Benang Emas.
Warna Benang Sulam Yang Digunakan.
Oleh yang demikian, warna emas kilat berjaya memainkan peranan dalam menyerlahkan lagi corak sulaman kebaya peplum ini. Kombinasi warna putih pearl dan warna emas ini amat sesuai kerana fabrik broket ini adalah fabrik yang berkilat.
Teknik Sulam Ayak Yang Diguna Pakai.
Kaedah Menyulam Ayak Kerawang Kebaya Moden Peplum.
Motif abstrak Morocco ini dihasilkan menggunakan Teknik bukaan zig zag dan juga Teknik layangan. Kedua-dua Teknik ayak sulam ini dilakukan bertujuan untuk menghasilkan sulaman kerawang yang lebih timbul dan cantik. Malahan, Teknik layangan pula hanya membentuk bingkai pada setiap olahan bentuk corak yang dihasilkan. Teknik layangan ini Nampak lebih tersusun kerana ia perlu dibuat mengikut corak yang dihasilkan secara menyeluruh.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Kurung Dari Ampang, Selangor.
Jadi, cita rasa pelanggan adalah keutamaan kami dalam setiap hasil sulaman kerawang yang eksklusif dan bermutu. Terima kasih kepada penempah sulam kerawang untuk baju kebaya peplum dari Ampang, Selangor ini.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Moden Peplum Majlis Persandingan.
Jadi, terdapat pelbagai elemen abstrak dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini untuk kebaya moden peplum majlis persandingan ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kebaya Moden Peplum.
Tempahan Baju Kebaya Moden Peplum Bersulam Kerawang Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar corak baju kebaya moden peplum bersulam kerawang yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif abstrak Morocco dan kerawang pagar pada kali ini.
Jika anda berminat dengan design baju kebaya moden bersulam kerawang untuk majlis persandingan dengan motif sulam abstrak Morocco dan kerawang pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461